Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Insan Mukmin' bantu bekas penagih ubah kehidupan

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



SEAWAL usia 15 tahun, Sue (bukan nama sebenar) terperangkap dalam lingkaran sosial tidak sihat, dikelilingi penagih dan pengedar dadah.



Didorong sifat ingin tahu, beliau akhirnya terpengaruh dan 'belajar' menagih dan menjual dadah.



Penglibatannya dalam bahan terlarang itu menjadi semakin teruk setelah beliau meningkat dewasa dan mendirikan rumah tangga bersama suami, yang juga pesalah dadah.



Gara-gara sukar melepaskan diri daripada cengkaman dadah, Sue keluar masuk penjara sebanyak empat kali sejak 2010, sehingga beliau mengabaikan anak-anaknya.



Ibu dua anak berusia lapan dan dua tahun itu berkata:



"Apabila saya ambil dadah, saya menjadi lebih resah, mudah marah dan bukan diri saya yang sebenar. Saya tidak terurus.



"Apabila saya hamil, saya masih menyalah guna dadah. Begitu sukar untuk saya meninggalkannya."



Namun, ketika ditemui Berita Harian (BH) di Masjid Darul Aman semalam, Sue, tidak dapat menahan sebak meluahkan kekesalan atas perbuatannya dan tidak mahu terpesong ke jalan gelap itu lagi.



Malah, dengan ilmu yang beliau timba menerusi program kaunseling Islam 'Insan Mukmin' yang sedang dijalaninya, Sue berharap dapat memutarkan kehidupannya ke arah kebaikan dan menumpukan perhatian kepada membesarkan anak-anaknya.



"Apa yang membuat saya lebih bertekad untuk tidak kembali ke dunia dadah adalah apabila mereka mengajar saya tentang ibu dan anak. Ia mengajar bahawa ibu itu penting... dan kekuatan ibu adalah anak-anak. Saya tidak mahu anak-anak saya untuk ikut jejak langkah saya," luahnya, yang berusia 31 tahun.



Malah, sebagai seorang anak juga, Sue turut sedar bahawa beliau perlu menghargai jasa ibunya yang semakin berumur yang tetap menjaga anak-anaknya meskipun beliau berulang kali keluar masuk penjara.



Dalam usaha membuka lembaran baru, atendan penghantaran itu berkata beliau memutuskan hubungan dengan kawan-kawan lamanya.



Sebaliknya, menerusi program 'Insan Mukmin', beliau dapat bertemu teman baru lain yang saling berkongsi kisah mereka.



Ini memberinya sokongan dalam pemulihannya dan memberinya peluang belajar daripada pengalaman wanita lain.



Membulatkan tekadnya untuk benar-benar 'cuci tangan' kali ini, Sue berkongsi bahawa beliau ingin berada di sisi anak-anaknya setelah selesai hukuman tahun depan.



Ini mentelah lagi setelah mendapat tahu bahawa suaminya yang baru diberkas, mungkin tidak akan dibebaskan dan berdepan dengan dakwaan hukuman gantung (capital charge).



"Matlamat saya bagi anak-anak adalah supaya mereka tidak menjadi seperti saya. Saya mahu mereka berjaya, berkelakuan baik, dan tidak terjebak ke dalam kancah dadah. Saya berharap mereka tidak akan melalui kehidupan di penjara seperti yang telah saya lalui," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >