Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insentif untuk kurangkan elektrik semasa penggunaan tinggi

Inisiatif Respons Permintaan Kediaman (R-DR) jangka mula separuh kedua 2024, libat sekitar 1,000 isi rumah yang terima meter elektrik pintar SP Group
Oct 24, 2023 | 05:37 PM



Demi memastikan isi rumah menyumbang kepada usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, mereka yang menetap di rumah yang dilengkapkan dengan meter elektrik pintar akan diminta menyesuaikan penggunaan elektrik semasa tempoh permintaan tinggi.

Inisiatif ini, yang dipanggil Respons Permintaan Kediaman (R-DR), dijangka bermula pada separuh kedua 2024 dan akan melibatkan sekitar 1,000 isi rumah yang telah diberikan meter elektrik pintar oleh SP Group, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Selasa.

Keluarga-keluarga tersebut akan dimaklumkan melalui aplikasi SP bagi mengurangkan penggunaan elektrik apabila permintaan bagi tenaga elektrik mencapai tahap tinggi dalam sistem tenaga.

Setelah menerima notifikasi ini, penduduk terlibat boleh menangguhkan penggunaan alat yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi seperti mesin basuh atau mesin pencuci pinggan mangkuk, menyesuaikan suhu alat penyaman udara atau menutupnya.

Tahap permintaan tinggi bagi tenaga elektrik merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik yang tinggi oleh pengguna, biasanya semasa lewat tengah hari atau semasa bulan-bulan yang lebih panas.

Contohnya, permintaan elektrik meningkat sebanyak 8 peratus dari 7.3 gigawat (GW) pada Februari 2023 kepada 7.9 GW pada Mei 2023, bulan yang lebih panas berbanding Februari.

Pada 13 Mei, suhu di Ang Mo Kio mencapai tahap 37 darjah Celsius, suhu yang tidak pernah dilihat di Singapura sejak 1983.

Permintaan dan bekalan elektrik perlu dikawal kerana jika ramai menggunakan tenaga elektrik pada masa yang sama, bekalan akan berkurangan dan harga biasanya akan meningkat.

Tempoh permintaan tinggi juga akan memberikan tekanan terhadap sistem yang menjana tenaga.

Isi rumah yang mengurangkan penggunaan tenaga mereka apabila diberitahu akan menerima insentif kewangan.

Inisiatif tersebut dijangka berlangsung selama enam bulan, namun butiran lain termasuk jenis insentif yang akan diberikan akan didedahkan tidak lama lagi memandangkan SP dan EMA kini sedang menetapkan butiran program tersebut.

Mengumumkan program R-DR itu semasa Sidang Puncak Tenaga Bersih Asia pada Selasa, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng berkata pengguna perlu memainkan peranan untuk memastikan grid elektrik terus memenuhi keperluan.

Usaha mengawal permintaan penting dan sering diremehkan apabila menyentuh tentang keselamatan bekalan tenaga, tambahnya.

Ketua Eksekutif EMA, Encik Ngiam Shih Chun berkata: “Pengguna memainkan peranan yang penting dalam usaha menjimat tenaga dengan mengurangkan penggunaan mereka, dan ini boleh mengurangkan pelepasan karbon dari sistem tenaga tersebut.”

Menurut EMA, permintaan tinggi sistem tenaga dijangka meningkat pada kadar kompaun sehingga 6.5 peratus setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Inisiatif ini membantu dalam memastikan sistem tenaga berjalan lancar dan lebih berkesan dengan kedua-dua permintaan dan bekalan dikawal, tambah agensi itu.

Program untuk warga itu adalah berdasarkan inisiatif serupa bagi syarikat komersial dan industri.

Di bawah ‘sandbox’ pentadbiran Pengurusan Pihak Permintaan yang berlangsung selama dua tahun, pengguna komersial dalam program itu menerima bayaran sebagai insentif bagi mengurangkan penggunaan elektrik pada masa tertentu.

Usaha-usaha pengguna komersial meningkatkan kapasiti sumber pihak-permintaan sebanyak 1.5 kali kepada lebih 100 megawat, kata EMA.

Ini menyebabkan pembeli tenaga dalam pasaran borong tenaga elektrik Singapura membayar $300 juta lebih rendah secara keseluruhan disebabkan harga borong yang lebih rendah pada separuh pertama 2023.

Pada September, SP telah memasang lebih 834,000 meter elektrik pintar di kawasan perumahan dan juga kawasan bukan perumahan.

Isi rumah yang memiliki meter tersebut boleh menggunakan aplikasi SP untuk memantau penggunaan elektrik mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >