Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60,000 stesen cas kenderaan elektrik seluruh S’pura jelang 2030

Oct 24, 2023 | 06:22 PM



Sebanyak 60,000 stesen mengecas untuk kenderaan elektrik (EV) akan disediakan di serata estet perumahan negara ini jelang 2030, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.

Berkata demikian selepas merasmikan pembukaan kemudahan kitar semula bateri KGS di Tuas South pada Selasa. Dr Khor berkata bahawa kadar penggunaan EV telah meningkat dengan amat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ia kini lebih daripada 20 peratus berbanding dahulu.

“Peningkatan ini juga bergantung kepada jenis-jenis EV yang tersedia dan keyakinan pembeli kenderaan.

“Ini untuk mengatasi kebimbangan yang dialami pemilik EV tentang jumlah stesen mengecas bateri kenderaan yang mencukupi. Atau sekiranya terdapat stesen mengecas di sepanjang perjalanan kenderaan mereka itu.

“Maka pengendali stesen mengecas Comfort Delgro Engie telah bekerjasama dengan pengendali mengecas Malaysia, Yinson Green Technologies bagi mengatasi hal ini,” tambah Dr Khor.

Pada 6 Oktober lalu, ComfortDelGro Engie, dengan pengendali stesen mengecas terbesar di Malaysia, Yinson Green Technologies, telah memeterai satu perjanjian di mana pemandu EV yang membuat perjalanan jauh merentas sempadan, boleh menggunakan mana-mana aplikasi untuk mengakses rangkaian stesen mengecas yang meluas di Singapura dan Malaysia sambil membayar dalam mata wang tempatan.

Pemandu EV dari Malaysia dan Singapura dapat menggunakan aplikasi chargEV hasil kerjasama ini untuk mendapat akses segera kepada lebih 1,000 stesen mengecas di kedua-dua negara. Lebih banyak stesen sebegitu dijangka akan dilancarkan pada masa hadapan.

Dr Khor turut berkata bahawa dengan kenaikan penggunaan EV, ia penting untuk membina daya tahan dalam industri mengitar semula bateri.

“Dengan pembukaan kemudahan kitar semula bateri syarikat KGS, kapasiti kitar semula bateri tempatan akan meningkat sebanyak 2,600 ton.

“Dengan kapasiti sebanyak 8,600 ton pada masa ini, jumlahnya akan menjangkau lebih daripada 11,000 ton.

“Ini bermakna bahawa dengan kemudahan baru tersebut, terdapat peningkatan lebih 30 peratus dalam kemudahan kitar semula kami,” ujar Dr Khor.

Kemudahan kitar semula bateri syarikat KGS juga merupakan yang pertama di Singapura dengan struktur kemudahan yang bertingkat atau ‘vertical’.

Struktur sedemikian membantu untuk mengurangkan penggunaan ruang serta menjimatkan kos.

Kemudahan baru ini juga dapat mengasingkan logam ferus dan bukan ferus seperti tembaga dan aluminium daripada bateri.

Kebolehan mengasingkan logam ini penting kerana ia membina keupayaan dalam industri kitar semula bateri tempatan, mengukuhkan daya tahan dalam industri yang sama dan juga mewujudkan peluang untuk bekerjasama dari sudut penyelidikan dan inovasi dalam menguruskan bateri EV terpakai.

“Kemudahan ini dapat membantu kami bergerak ke arah mencapai pendekatan ekonomi ‘circular’ iaitu modal pengeluaran dan penggunaan yang melibatkan perkongsian, pemajakan, penggunaan semula, pembaikan, membaik pulih dan mengitar semula bahan dan produk sedia ada selama mungkin – selaras dengan Pelan Hijau 2030,” kata Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >