Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut penyelidikan penuaan dibuka NUHS

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



SATU pusat kesihatan baru, yang merupakan institut penyelidikan penuaan praklinikal dan klinikal bersepadu pertama di dunia, ditubuhkan semalam oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).



Pusat NUHS untuk Melanjutkan Jangka Hayat dan Kesihatan (NUHS CHL) yang baru ini, dijangka memimpin Bidang Perubatan Jangka Hayat dengan penyelidikan klinikal untuk memanjangkan hayat dan melanjutkan kesihatan.



Buat pertama kali bagi penduduk di Asia Tenggara, penyelidikan klinikal berdasarkan 'perubatan memanjangkan umur' atau 'gerosains' akan digunakan untuk menyasarkan faktor risiko terbesar untuk penyakit kronik serta umur biologi.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pusat seluas 1,600 kaki persegi yang terletak di Hospital Alexandra dan makmal di NUS Perubatan itu, akan menjalankan ujian dan melaksanakan kajian pengesahan dengan peserta yang sihat dari umur 30 tahun.



Pusat ini juga akan membangunkan dan menguji campur tangan ini menggunakan penanda bio yang baru dikenal pasti tentang penuaan manusia.



Setelah pendekatan disahkan, pusat itu akan bangunkan strategi yang menyepadukan gabungan pendekatan pemakanan, perubatan dan senaman untuk penggunaan peribadi bagi penduduk Singapura.



Menurut NUHS CHL, matlamat utama adalah untuk membawa individu lebih dekat kepada keadaan puncak optimum prestasi sepanjang hayat dan meningkatkan umur kesihatan selama lima tahun.



Profesor Brian Keith Kennedy, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk penyelidikannya dalam biologi penuaan serta Profesor Andrea Britta Maier, seorang pakar geriatrik dengan latihan dan pakar intensif penyakit kronik, akan menerajui pusat itu bersama sebagai pengarah bersama.



Kata Pengarah Bersama NUHS CHL, Profesor Maier:



"Keupayaan badan untuk melawan penyakit berkurangan secara mendadak dengan usia.



"Jika kita boleh menangani perubahan fisiologi penuaan, kita mungkin boleh melambatkan atau menghentikan permulaan penyakit.



"Dalam tempoh tiga hingga lima tahun, umur panjang yang sihat bukan sahaja akan wujud sebagai konsep yang terbukti makmal, tetapi akan menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap orang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >