Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Interaksi sosial penting bagi tangani ketidaksamaan: Eric Chua

Jul 06, 2023 | 05:33 PM



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang mempertimbangkan cara terbaik untuk menggalakkan interaksi sosial antara kumpulan pendapatan berbeza, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Menyatakan demikian di Parlimen pada Khamis, beliau menarik perhatian bahawa pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa “keterkaitan ekonomi” menyokong mobiliti sosial.

Ia sebagai menjawab soalan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) yang bertanya sama ada pemerintah telah mengkaji kepentingan keterkaitan ekonomi melalui interaksi rentas kelas antara keluarga berstatus sosioekonomi rendah dan tinggi, dalam usaha untuk membangunkan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Mobiliti sosial sudah lama menjadi keutamaaan jangka panjang pemerintah untuk menangani ketidaksamaan sejak merdeka. Semakin masyarakat maju, pemerintah juga ingin seluruh masyarakat terus maju bersama-sama,” kata Encik Chua.

Beliau menambah pemerintah telah banyak mewujudkan persekitaran di mana rakyat Singapura daripada kumpulan sosioekonomi yang berbeza dapat berinteraksi.

Ini termasuk di tempat kerja, sekolah dan di sekitar estet perumahan seperti taman, pusat penjaja, taman permainan dan kemudahan sukan.

“Kami juga telah berusaha untuk meningkatkan modal sosial mereka daripada latar belakang yang berpendapatan rendah melalui peluang sukarelawan dan bimbingan.

“Dengan pengaturcaraan yang disasarkan, hubungan merentasi latar belakang sosioekonomi dapat menawarkan pertukaran maklumat, bimbingan dan rujukan kerja yang boleh membentuk aspirasi dan meluaskan peluang untuk peningkatan,” kata Encik Chua.

Selain usaha pemerintah, Encik Chua juga menggesa masyarakat untuk memainkan peranan merentasi barisan status dan kelas.

“Mereka yang mempunyai kelebihan dan hubungan yang lebih baik harus sedar bahawa kejayaan mereka adalah kerana jenis masyarakat yang telah kita bina.

“Kami berharap mereka akan sentiasa melangkah ke hadapan untuk menyumbangkan masa, rangkaian dan usaha untuk meningkatkan mereka yang kurang,” tambah Encik Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >