Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berita

Bantu keluarga susah tanpa ‘ambil’ daya usaha, maruah mereka: Masagos

May 22, 2023 | 09:32 PM



KELUARGA berpendapatan rendah menaruh harapan membina masa depan lebih baik menerusi usaha sendiri dan kita tidak boleh ‘mengambil’ aspirasi ini daripada mereka dalam usaha membantu mereka, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ini termasuk dalam usaha golongan ini mendapatkan pekerjaan dengan gaji lebih baik, memiliki rumah sendiri dan membina masa depan lebih baik bagi anak-anak mereka, tambah beliau.

“Seperti keluarga lain, ramai antara keluarga ini menganggap menyara hidup mereka dan anak-anak mereka sebagai mempertahankan maruah. Kita semua tahu rasa nikmatnya apabila kita mencapai sesuatu, terutama jika ia diperoleh menerusi usaha sendiri,” kata Encik Masagos, yang berkata etika kerja dan kemahuan peribadi ini tersemat dalam keperibadian warga Singapura.

“Warga Singapura mahu bekerja keras untuk mencapai yang terbaik bagi diri mereka sendiri, keluarga mereka dan masyarakat masing-masing. Kita tidak harus mengambil daya ini daripada mereka.

“Justeru, sebagai masyarakat, kita perlu memperkasa keluarga dan berbuat demikian dengan cara yang menghormati tindakan peribadi mereka. Kita perlu memperkukuh usaha peribadi sementara kita berusaha sebagai satu masyarakat untuk memberi sokongan lebih baik kepada mereka,” kata beliau lagi.

“Inilah caranya kita membina kompak sosial yang kuat... di mana pemerintah, masyarakat, rakan kongsi, korporat, relawan dapat bersama membantu individu dan keluarga yang memerlukan.”

Encik Masagos berkata demikian semasa berucap di sesi Rangkaian Masyarakat SG Cares @ Jalan Besar dan Toa Payoh, pada Isnin di mana beliau turut menggesa masyarakat yang lebih bernasib baik untuk membantu kumpulan kurang bernasib baik dalam perjalanan memperkukuh keluarga masing-masing.

Acara itu diadakan di Kelab Perkhidmatan Awam (CSC) Tessensohn.

Dalam pada itu, Encik Masagos berkata setiap anggota masyarakat berperanan untuk menghulur bantuan, berdasarkan kemampuan masing-masing.

Menurutnya para profesional perkhidmatan sosial bekerja rapat dengan individu, antara lain untuk membantu mereka membina keyakinan, dan menggalak mereka memanfaatkan kebolehan mereka.

Perniagaan pula, kata Encik Masagos memperkasa orang ramai.

Menurut Encik Masagos, perniagaan yang memberi peluang pekerjaan kepada individu yang memerlukan boleh mengubah hala tuju negara itu kerana ia menambah keupayaan individu tersebut untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga mereka.

Pemerintah pula, kata Encik Masagos, akan terus menyokong usaha peribadi dan menambah kepada usaha golongan yang ingin memperbaiki keadaan.

“Sebagai sebuah masyarakat kita mesti mengenal pasti usaha mereka dan bekerja dengan mereka ke arah sasaran mereka.

“Bersama kita akan dapat membantu keluarga mendapatkan pekerjaan... bukan sahaja yang boleh membantu mereka menyediakan keperluan harian mereka, malah menambung bagi masa depan,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >