Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

iPhone 7 hanya $1? Polis nasihatkan jangan percaya

Nov 16, 2016 | 02:41 PM



TERDAPAT sekurang-kurangnya 12 laporan sejak Oktober mengenai mangsa ditipu melalui iklan 'pop-up' dalam talian yang menawarkan telefon bimbit iPhone 7 pada harga $1.



Dalam satu nasihat yang dikeluarkan pada Rabu (16 Nov), polis berkata mangsa menyediakan butiran peribadi dan akaun bank mereka di laman web phishing selepas mereka respons pada iklan tersebut.



Mangsa kemudian menyedari urus niaga dalam talian dalam pelbagai mata wang asing dibuat pada kad kredit mereka tanpa kebenaran mereka.



Iklan dalam bahasa Inggeris itu menyatakan 'Jika anda tinggal di Singapura, anda boleh mendapatkan iPhone 7 pada hanya SGD 1.00 /-'.



Mangsa klik pada iklan pop-up itu dan dibawa ke laman web lain yang menunjukkan laporan akhbar mengenai tawaran tersebut dan "testimoni" orang yang berkata mereka menerima telefon itu.



Mereka yang klik mendaftar bagi tawaran itu dibawa ke laman web phishing dan diminta memasukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon bimbit, dan butiran akaun bank mereka, seperti nombor kad kredit, Nilai Pengesahan Kad (CVV) dan Kata Laluan Sekali Guna (OTP).



Mangsa kemudian menerima pemberitahuan SMS mengenai urus niaga luar negara telah dibuat pada kad kredit mereka.



Polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:



- Berhati-hati dengan tawaran dalam talian yang terlalu baik untuk dipercayai



- Berwaspada apabila anda diminta mendedahkan maklumat peribadi anda dan butir-butir akaun bank melalui Internet.



- Perhatikan tanda-tanda bahawa anda menggunakan laman web sah atau selamat. Laman web sah biasanya disulitkan untuk melindungi maklumat anda dan laman web selamat menggunakan "https:" dan bukannya "http:" pada permulaan alamat Internet, atau memaparkan ikon mangga tertutup atau kunci tidak pecah di sudut kanan bawah tetingkap penyemak imbas anda.



- Pasang antivirus, antispyware/ perisian hasad dan tembok api (firewall) pada telefon pintar / komputer anda dan passtikan ia dikemas kini.



- Laporkan sembarang caj penipuan yang dikesan di bil kad kredit anda kepada bank anda dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >