Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iskandar Jalil terima ijazah kehormat

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



PENGIKTIRAFAN yang beliau terima bukanlah untuk dirinya sendiri, tetapi ditujukan kepada semua guru dan penggiat seni tembikar di Singapura.



Pakar tembikar tersohor Singapura, Encik Iskandar Jalil, 77 tahun, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan semalam semasa majlis konvokesyen Universiti Tekonologi Nanyang (NTU) semalam.



Ijazah tersebut disampaikan kepadanya bagi mengiktiraf pencapaian dan kepakaran Encik Iskandar dalam bidang seni tembikar dan juga menghargai khidmatnya dalam bidang pendidikan.



"Memang saya rasa amat bersyukur kerana ada yang masih lagi mengiktiraf saya, walaupun saya sudah tua.



"Tetapi sebenarnya pengiktirafan ini adalah untuk semua guru dan juga pakar pertukangan di Singapura," katanya.



Beliau aktif dalam seni kraf tembikar sejak 1970-an dan telah mengadakan lebih 10 pameran solo, 25 pameran berkumpulan, dan mengeluarkan beberapa buku serta penerbitan.



Selain berkecimpung dalam bidang seni itu, Encik Iskandar juga telah banyak menyumbang sebagai seorang pendidik dan berusaha menyampaikan ilmunya berkenaan seni tembikar kepada generasi muda.



Walau telah banyak menerima anugerah dan pengiktirafan, beliau berkata bahawa ini merupakan penghormatan yang sangat dihargainya kerana telah diberikan di tanah air sendiri.



"Saya juga berasa terdorong kerana (pengiktirafan) ini bermakna institusi-institusi kini sedar akan seni tembikar dan perkembangannya.



"Saya berasa yakin kerana ini bermakna adanya sokongan bagi pakar tembikar generasi akan datang dan juga pelajar saya," katanya.



Encik Iskandar telah menerima ijazah kehormatnya itu di samping saintis terkenal, Profesor Sir David Payne, yang diberikan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kerana sumbangannya terhadap teknologi telekomunikasi.



Majlis konvokesyen semalam juga telah menyaksikan graduan kohort pertama daripada tiga program perintis menerima ijazah mereka.



Program tersebut ialah Program Biasiswa Universiti (USP), Program Kejuruteraan Renaisans (REP) dan jurusan Sejarah.



Salah seorang siswazah program USP, Cik Nabilah Isa, 23 tahun, berkata pengalamannya dalam program tersebut memberinya peluang meneroka kegiatan serta topik di luar jurusan yang diambilnya.



"Pada pendapat saya, program silang bidang ini memberi perspektif baru bagi melihat dan memahami dunia dan juga isu yang ada," katanya.



Majlis konvokesyen NTU yang berlangsung hingga 2 Ogos akan menyaksikan sekitar 9,000 siswazah menerima ijazah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >