Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana sambut pengunjung sempena Tahun Baru Cina

Feb 06, 2022 | 05:30 AM



ISTANA menyambut pengunjung pada rumah terbukanya yang pertama tahun ini sempena Tahun Baru Cina.



Pengunjung berpeluang meneroka taman Istana bersama keluarga dan rakan-rakan, dan ramai kanak-kanak bermain di ruang hijau dan ruang terbuka, termasuk Taman Inklusif dan Taman Jepun yang dipertingkat.



Terdapat juga reruai menjual edisi terhad cenderamata Istana dan cenderamata Cabaran Presiden.



Ini termasuk buku nota dan cawan serta buku memperingati Istana, salah sebuah tapak warisan tertua di Singapura, yang berusia 150 tahun pada 2019.



Semua hasil jualan akan disalurkan ke badan amal yang disokong Cabaran Presiden.



Disebabkan sekatan Covid-19, rumah terbuka Istana tidak menampilkan persembahan secara langsung dan berkelah tidak dibenarkan.



Memberi gambaran melalui satu pos di Facebook, Presiden Halimah Yacob, yang berada di Beijing bagi satu lawatan ke China, berkata langit cerah pagi semalam tetapi malangnya hujan turun pada tengah hari.



Beliau meluahkan harapan cuaca lebih baik pada rumah terbuka Istana akan datang.



Menurutnya, hanya pemegang tiket dapat masuk pada hari terbuka Istana semalam bagi memastikan "ruang cukup bagi penjarakan selamat".



Puan Halimah juga menyampaikan ucapan selamat Tahun Harimau ini, dan pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan sambil mereka mengunjungi orang tersayang dan saudara-mara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >