Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISTERI DERMA GINJAL KEPADA SUAMI

Isteri teruskan niat walau tahu risiko

Bagi pesakit ginjal kronik, mereka berdepan pilihan sama ada menjalani rawatan dialisis sepanjang hayat atau mendapat derma ginjal sama ada dari penderma yang masih hidup atau sudah mati. Antara mereka yang mengalami masalah kerosakan ginjal yang teruk ialah Encik Mohamad Tahar Juma'at. Setelah menjalani rawatan dialisis, beliau kini berpeluang menjalani kehidupan lebih baik susulan langkah isterinya, Cik Rosmawati Moenir, mendermakan salah satu ginjal kepadanya. Ikuti laporan BERITA HARIAN
Apr 24, 2023 | 05:30 AM



BELIAU bertekad untuk mendermakan ginjal kepada suami, Encik Mohamad Tahar Juma'at, sebaik mengetahui keadaan sangat serius yang dihadapi pasangan hidupnya itu.



"Bagi saya, daripada mula lagi bila doktor cakap, ada dua pilihan sama ada dialisis atau menderma organ. Saya terus beritahu, saya pilih untuk derma ginjal.



"Pada masa tu belum tahu risikonya semua tetapi saya tekad untuk berikan ginjal saya supaya dia lebih aktif balik, boleh teruskan dengan kerja-kerja amal dia, dan boleh hidup macam dululah, masa kita masih sihat, bekerja, berjalan, mengembara, semua...," cerita Cik Rosmawati Moenir, 52 tahun, semasa diwawancara Berita Harian (BH) di kediaman mereka di Punggol Place, pada petang Jumaat, minggu lalu. (14 Apr)



"Selepas dah tahu lebih lanjut tentang risiko-risikonya, saya tetap memutuskan untuk mendermakan ginjal saya. Ini kerana risikonya adalah kecil, dalam 1 peratus atau di bawah 5 peratus. Jadi saya ambil risiko tu.



"Antara risiko kepada suami itu ialah, mengalami penyakit barah atau kegagalan buah pinggang. Sekiranya ginjal yang saya derma didapati tidak sesuai untuknya, ia akan dikembalikan kepada saya," ujar bekas kakitangan badan berkanun yang tidak bekerja sejak 2016 kerana perlu menjaga suaminya sepenuh masa.



Namun pada mulanya, kesediaan sang isteri ditolak suami.



"Pada mulanya saya tak nak... tetapi saya akhirnya saya terima keputusannya untuk derma ginjalnya untuk saya," kata Encik Mohamad Tahar, 55 tahun, tanpa berselindung.



Menurut Cik Rosmawati, ginjalnya berkeadaan baik, dengan kedua-dua berada di tahap 81 peratus berbanding suaminya yang kedua-dua nilai fungsinya adalah antara 1 hingga 5 peratus sahaja.



Pembedahan bagi pemindahan organ di Singapura hanya boleh dilakukan di Hospital Besar Singapura (SGH) ataupun di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Pemindahan ginjal pertama di sini dilakukan di SGH pada 1970. Dianggarkan, sekitar 1,500 pemindahan ginjal telah dilakukan sejauh ini.



Menurut Laporan Tahunan Pendaftaran Ginjal Singapura 2021 yang diterbitkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), sejumlah 24 pemindahan ginjal melibatkan penderma yang telah meninggal dunia dan 47 menerusi penderma masih hidup, yang melibatkan warga dan Penduduk Tetap, dilaksanakan pada 2021.



Singapura merupakan di antara negara yang berdepan dengan kadar kegagalan ginjal tertinggi di dunia.



Kira-kira 5.7 orang didapati mengalami kerosakan ginjal setiap hari, dan dua daripada tiga kes kegagalan ginjal adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis.



Terdapat lebih 8,500 pesakit yang memerlukan rawatan dialisis (dialysis patients) di Singapura.



Bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang tahap akhir, pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik.



Cik Rosmawati menerangkan, beliau menjalani pembedahan menerusi kaedah lubang kunci (keyhole surgery) terlebih dahulu, yang memakan masa sekitar tiga jam, sebelum ginjal kiri diambil untuk dipindahkan kepada suaminya, yang berada di bilik pembedahan bersebelahan.



Beliau akan berada di hospital selama dua hari bagi pembedahan ini namun suaminya dirawat lebih lama di hospital, selama dua minggu. Menzahirkan perasaannya berdepan ujian paling getir dalam hidupnya, matlamatnya adalah untuk melihat suaminya kembali pulih seperti sediakala.



"Saya harap beliau lebih sihat, lebih aktif. Ramadan ini membawa keberkatan kepada kami dan Syawal ini memberi sinar harapan buat kami suami isteri, insya-Allah," ujarnya.




DERITA SUAMI...



"Degupan jantung jadi tak menentu, adakala berdegup cepat, adakala rasa lemah, mabuk, lagi-lagi selepas sesi dialisis dan adakala pengsan. Saya pernah beberapa kali pengsan. Tengah duduk-duduk pun boleh pengsan.



Macam satu hari tu, saya tengah duduk semasa sembahyang Jumaat, tiba-tiba pengsan. Orang pun tak tahu, tak perasan. Mereka fikir saya solat duduk, bila saya terbangun tengok imam tengah doa je. Sampai begitu sekali tekanan darah saya turun naik turun naik. Bila tekanan darah naik sampai ke paras 230!''



- Encik Mohamad Tahar. "

 



TEKAD ISTERI



Bagi saya, daripada mula lagi bila doktor cakap, ada dua pilihan sama ada dialisis atau menderma organ. Saya terus beritahu, saya pilih untuk derma ginjal.



Pada masa tu belum tahu risikonya semua tetapi saya tekad untuk berikan ginjal saya supaya dia lebih aktif balik, boleh teruskan dengan kerja-kerja amal dia, dan boleh hidup macam dululah, masa kita masih sihat, bekerja, berjalan, mengembara, semua...''



- Cik Rosmawati Moenir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >