Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu 1MDB: Karyawan perbankan mengaku salah

Oang kedua disabitkan di Singapura dengan kesalahan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan isu kewangan membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
Dec 16, 2016 | 03:20 PM



SEORANG karyawan perbankan privet BSI, Yvonne Seah Yew Foong, menjadi orang kedua disabitkan di Singapura dengan kesalahan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan isu kewangan membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Seah, 45 tahun, mengaku salah atas tiga kesalahan di mahkamah negara hari ini kerana membantu dalam memalsukan dokumen dan gagal dalam melaporkan transaksi mencurigakan yang dikatakan punya hubungan dengan seorang karyawan kewangan Malaysia, Encik Low Taek Jho.



Pihak pendakwa raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua minggu.



Dalam rayuannya, Seah mengemukakan alasan mengidapi "sejarah panjang dalam klaustrofobia" atau "takut berada di dalam tempat tertutup."



Bagaimanapun pihak pendakwa mempertikaikan hal ini dan berkata, "sejarah panjang klaustrofobia yang dikatakannya tidak terdapat dalam mana-mana laporan doktornya.".



Penyelia Seah, Yak Yew Chee, kini sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu selepas mengaku salah pada bulan lalu atas kesalahan serupa.



Yak, 57 tahun, juga didenda $24,000 akan menyerahkan $7.5 juya kepada Negara "sebagai menunjukkan kekesalan sebenar dirinya," menurut peguamnya bulan lalu.



Encik Low, juga dikenali sebagai Jho Low, telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa Singapura sebagai orang yang punya kepentingan dalam siasatan yang sedang dijalankan dalam transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang dan membabitkan 1MDB, selain dirinya dikaitkan dengan dakwaan menggelapkan berbilion dolar dari dana negara.



Yak, karyawan perbankan privet Jho Low, merupakan 'bos' langsung Seah dan Seah merupakan kakitangan paling kanan dalam pasukan Yak.



Pihak pendakwa raya hari ini berkata, Seah membantu Yak dengan rapat dalam menguruskan hubungannya dengan Jho Low dan bapanya, Encik Low Hock Peng, dan mengambil arahan dari Yak, yang sebelumnya menerima arahan daripada Jho Low dan bapanya.



Tuduhan ke atas Yak dan Seah adalah berkaitan dengan pemindahan wang yang dilakukan pada 2 November 2012 berjumlah AS$153 juta ($220.65 juta) dari satu akaun Coutts Zurich yang dimiliki firma Good Star, yang dikawal Encik Low, ke akaun BSI Singapore yang dibuka di Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corp, yang mana ia merupakan satu lagi akaun yang boleh digunakan Encik Low.



Tiga hari kemudian, sejumlah $153 juta telah dipindahkan ke akaun BSI milik Encik Low Hock Peng.



Pada 7 November, sejumlah $150 juta telah dipindahkan ke satu lagi akaun BSI yang dimiliki Encik Jho Low.



Dari akaunnya, sejumlah AS$110 juta telah dipindahkan ke satu akaun Swiss yang dimiliki Selune, sebuah firma yang yang beliau meraih faedah daripadanya.



"Pengaliran wang dari Jho Low ke bapanya dan kembali ke Jho Low sebelum ia dipindahkan keluar dari BSI telah disoal oleh seorang pegawai dari BSI Compliance pada 6 Nov 2012 yang menyatakan "ia tidak menuruti garis panduan yang ditetapkan," kata Timbalan Pendakwa Raya, Encik Nathaniel Khng di mahkamah hari ini.



"Dalam memberi jawapan terhadapnya, Jho Low secara berani menyatakan dalam emel pada 7 November 2012 kepada BSI bahawa dia telah memutuskan untuk memberi bapanya kemewahan yang beliau kecapi "sebagai dasar hormat dan murah rezeki yang timbul daripadanya," dan bapanya kemudian memutuskan untuk menerima hanya jumlah yang kecil dan selebihnya dikembalikan," kata DPP Khng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >