Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu ekstremisme dan bahayanya dikupas dalam IG Live

Feb 25, 2023 | 10:29 PM



ISU ekstremisme dan bahayanya dikupas Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, dalam IG Live anjuran The Converts Central pada malam Sabtu (25 Feb).



Bertajuk 'Membongkar Ekstremisme dan Bahayanya', sesi selama sekitar sejam itu menyentuh antara lain punca-punca radikalisasi, jenis-jenis jihad serta apa yang dapat masyarakat lakukan untuk mengatasi cabaran ekstremisme dalam kalangan belia.



"Kita harus tekankan bahawa ekstremisme bukanlah isu yang khusus dan unik kepada Muslim, ia berlaku dalam pelbagai agama berbeza, ideologi dan kumpulan berbeza," kata Ustaz Irwan.



Beliau menambah bahawa terdapat tiga punca radikalisasi - ekonomi, politik dan sosial serta psikologi.



Di Singapura, politik dan sosial dan psikologi menjadi punca yang lebih menyerlah berbanding ekonomi, kata beliau.



"Faktor politik seringkali menjadi punca utama radikalisasi dan kemudian ekstremisme ganas.



"Misalnya, dasar-dasar luar negara kuasa besar dunia yang telah menyebabkan atau menyumbang kepada kemusnahan atau perang di negara Muslim...sering bermain dalam minda belia yang bersemangat dan idealistik," kata Ustaz Irwan.



Beliau menegaskan kepentingan untuk terus mengingatkan masyarakat tentang keamanan, kesederhanaan dan belas ihsan - perkara yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.



"Selalu pilih jalan yang tidak menyeru keganasan.



"Tidak ada satu pun ulama kita yang berpegang pada pandangan yang menyeru ke arah keganasan dan peperangan," kata Ustaz Irwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >