Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu tinjauan lucah: Masagos kesali tindakan pelaku, gesa masyarakat terus hormati wanita

May 27, 2021 | 10:09 PM



SETIAP anggota masyarakat mempunyai peranan untuk mengetengahkan, mengecam dan menyingkirkan sikap pembenci wanita dalam kalangan masyarakat itu sendiri.



Melahirkan rasa terkesan dan benci terhadap tinjauan yang disifatkannya sebagai 'keji' kerana menyenaraikan nama dan gambar ustazah setempat berdasarkan daya tarikan seksual, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatan Facebook pada Khamis (27 Mei), berkata:



"Saya telah menggesa pihak berkuasa agar menyiasat perkara ini dengan segera. Pihak atau parti yang tidak bertanggungjawab di sebalik tinjauan keji itu harus dihukum dengan kuasa penuh undang-undang.



"Saya juga sedar beberapa orang menyatakan kebanyakan daripada mereka di sebalik tinjauan ini adalah mahasiswa pengajian Islam. Saya telah menugaskan Muis bagi menyiasat dakwaan ini secepat mungkin.



"Jika dakwaan ini sememangnya benar, si pelaku harus ditangani dengan kuasa penuh undang-undang kerana menampilkan tindak-tanduk yang amat dikesali."



Pada masa yang sama, Encik Masagos gembira ramai sudah meluahkan pandangan mereka dalam menentang peristiwa yang dahsyat ini. Namun, beliau berpesan, kita  harus menanganinya sebagai masyarakat sivil mengikut ketetapan undang-undang.



"Kita harus terus menjadi masyarakat yang menghormati wanita kita dan bukannya merendahkan mereka," tambah Encik Masagos lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >