Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Isu wanita: Pemerintah perkenal, baiki perundangan secara sistematik

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura telah secara sistematik memperkenal dan memperbaiki dasar perundangan, dan inisiatif bagi melanjutkan kemajuan wanita Singapura dan bekerjasama rapat dengan masyarakat sepanjang tahun-tahun lalu.



Pemerintah akan terus membina di atas apa yang telah dilakukan untuk menyokong wanita Singapura dengan mempertingkat perlindungan, memupuk pertukaran minda, dan menghentikan diskriminasi di tempat kerja, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling di Parlimen semalam.



Ini sedang pemerintah menyemak semula maklum balas yang diterima dan menyiapkan Kertas Putih bagi perbahasan di Parlimen.



Demikian kata Cik Sun dalam respons kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) dan Encik Leon Perera (GRC Aljunied) mengenai usulan Memperkasa Wanita yang dibentangkan di Parlimen semalam.



Dalam ucapannya, Cik Sun berkata untuk mempertingkat perlindungan bagi wanita, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menyemak rangka kerja hukuman untuk kesalahan seksual dan kecederaan dan meningkatkan penalti untuk tiga kesalahan seksual khusus.



Pasukan Petugas Keganasan Keluarga (FVTF) akan mengeluarkan saranannya lewat tahun ini, katanya.



Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pula, jelas Cik Sun, telah melancarkan Perikatan Singapura Bersama bagi Tindakan untuk menangani bahaya dalam talian, lebih-lebih lagi yang disasarkan terhadap wanita dan budak perempuan.



Dalam membentangkan usul tersebut, Cik He menekan peri penting usaha memperkasa wanita di Singapura antara lain menerusi pendidikan.



"Guru-guru patut diperkasa untuk mengadakan perbincangan terus terang mengenai ketidaksaksamaan jantina, kesan diskriminasi, dan memikir semula peranan dan jangkaan jantina.



"Satu semakan bebas mengenai kurikulum sekolah kita patut juga diadakan, kerana ia boleh bantu menyarankan langkah-langkah untuk ditetapkan secara konsisten merentas semua sekolah untuk mencapai kemajuan bagi usaha kesaksamaan jantina kita," tambahnya.



Menurut Cik Sun, Kementerian Pendidikan (MOE) telah meningkatkan kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan dan Perwatakannya untuk membina penghargaan tentang kesaksamaan peranan dalam keluarga, sikap hormat terhadap kedua-dua jantina, dan kepentingan tidak mengambil kira stereotaip jantina apabila mempertimbang laluan pendidikan dan kerjaya.



Encik Perera turut berkata bahawa dalam perihal kesaksamaan jantina, penentu terbesar bagi kejayaan adalah apabila masyarakat berhenti mengenakan stereotaip yang sudah lama ada terhadap wanita.



Mencapai keseimbangan yang membolehkan wanita memainkan peranan mereka sebagai seorang ibu di rumah dan pada masa yang sama dapat menceburi kerjaya mereka bukan sahaja akan memberi manfaat kepada wanita, malah juga kemajuan Singapura secara keseluruhan, tambah Encik Perera.



Menyentuh tentang diskriminasi di tempat kerja pula, Cik Sun berkata: "Untuk menyemak semula bagaimana kita boleh menghentikan diskriminasi di tempat kerja, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengumumkan ia sedang menubuhkan Jawatankuasa Tiga Pihak untuk mengkaji sama ada perundangan patut diceburi dan skopnya yang sesuai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >