Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran: Pasaran COE motosikal 'diperbetulkan'

Menteri beri peringatan agar berhati-hati tentang jangkaan sebab ada banyak faktor mainkan peranan
May 08, 2023 | 05:30 AM



PASARAN bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) motosikal telah "diperbetulkan" tetapi sukar meramalkan bagaimana harga akan bergerak pada masa akan datang, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



"Saya pasti daripada perspektif seorang pembeli, ia adalah pembetulan yang amat dialu-alukan.



"Tetapi kita juga patut berhati-hati tentang jangkaan menuju ke hadapan kerana terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dan kita patut membiarkan ia untuk ditangani secara semula jadi menerusi sistem (yang ditetapkan).



"Rekaan sistem kami adalah untuk benar-benar memastikan bahawa bekalan dan permintaan membuat penyesuaian kepada satu sama lain. Dan apa yang kita telah lakukan dalam set langkah terkini adalah benar-benar untuk memperbaiki keseluruhan fungsi pasaran," katanya yang ditemui wartawan setelah majlis pelancaran pusat khidmat masyarakat Jampacked@West Coast pada Ahad.



Pada 4 Mei, COE bagi motosikal menjunam sebanyak 58.9 peratus ke paras $5,002 dalam tender terkini, menyusuli langkah baru bagi mengekang spekulasi.



Mac tahun lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil beberapa langkah untuk membendung pembidaan spekulatif oleh pengedar untuk COE motosikal.



Antaranya, tempoh kesahan COE Sementara (TCOE) dikurangkan kepada tiga bulan - turun daripada enam bulan. Deposit bida naik daripada $200 kepada $800.



Ini membawa kepada pembetulan dalam pasaran, kata Encik Iswaran. Namun, ia boleh diperbaiki lagi, ujarnya.



Justeru, baru-baru ini, langkah lanjut diambil iaitu menaikkan bidaan dari $800 ke $1,500 serta memendekkan tempoh kesahan bagi TCOE dari tiga bulan ke satu bulan.



Menurut Encik Iswaran, langkah-langkah ini meningkatkan bekalan COE bagi kategori sekitar 17 peratus bagi setiap latihan bidaan.



Gabungan pelbagai faktor demikian membawa kepada penurunan harga, tambahnya.



Encik Iswaran menambah bahawa permintaan bagi COE kekal kukuh.



Ini kerana motosikal digunakan bagi kegiatan ekonomi dan ramai ingin membeli motosikal bagi meneruskan pekerjaan mereka seperti kerja penghantaran dan sebagainya.



Menyentuh tentang sentimen di mana ada yang berpandangan bahawa COE motosikal patut dibahagikan kepada harga berbeza bergantung pada jenis motosikal - yang lebih mahal berbanding lebih murah - Encik Iswaran berkata itu akan menyumbang kepada lebih ketidaktentuan harga.



Ketika ditanya tentang sama ada perubahan boleh dijangkakan bagi COE kategori lain seperti kereta pula, Encik Iswaran berkata terdapat perbezaan dalam cara ia berfungsi.



Bagi kategori D, iaitu motosikal, peniaga membida dan mendapatkan COE sebelum menjual motosikal bersama COE kepada pembeli.



Manakala bagi kereta pula, peniaga biasanya sudah mempunyai pembeli, dan mereka membida bagi pihak pembeli.



Bagaimanapun, Encik Iswaran memberi jaminan bahawa mereka sedang mengkaji hal ini dan bersedia untuk membuat penyesuaian sebagai respons kepada perkembangan dalam pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >