Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN SULTAN JOHOR KE SINGAPURA

Iswaran: RTS akan perkukuh hubungan SG, Johor

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



APABILA dibuka bagi perkhidmatan pada hujung 2026, laluan Sistem Transit Laju (RTS) akan meningkatkan keterhubungan, sekali gus mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Johor, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Beliau telah melawat tapak terminal Woodlands North RTS Link pagi semalam bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Turut menyertai mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz; dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Semasa lawatannya itu, Sultan Ibrahim menyaksikan proses penyingkiran batu menggunakan kaedah letupan terkawal dan juga diberi taklimat mengenai kerja-kerja marin cerucuk gerudi yang sedang dijalankan, yang akan menetapkan asas bagi pembinaan jejambat RTS Link.



Menulis di Facebook, Encik Iswaran berkata, beliau juga telah menghadiahkan Sultan Ibrahim dengan momento yang menggambarkan ciri-ciri seni bina jejambat itu, yang melambangkan persahabatan antara Singapura dengan Johor.



Turut berkongsi tentang lawatannya itu di Facebook, Sultan Ibrahim berkata beliau telah meninjau perkembangan semasa projek berkenaan serta kemajuan kerja-kerja yang dilakukan bagi sistem pengangkutan rel baru menghubungkan Johor-Singapura itu.



"Pelaksanaan projek RTS Link itu bukan sahaja memberikan manfaat daripada segi sosio ekonomi, malah bakal mengubah landskap pengangkutan awam di Johor, selain terus mengeratkan hubungan dengan Singapura.



"RTS Link merupakan sistem transit aliran ringan pertama dibina di Johor Baru yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara," tulis Pejabat Akhbar Diraja di Facebook Sultan Ibrahim.



RTS Link merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Terminal Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands North di Singapura.



Ia dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor sehingga 35 peratus dan mampu menampung sehingga seramai 10,000 penumpang setiap jam melalui stesen di Bukit Chagar dan Woodlands.



Kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) akan ditempatkan di stesen Woodlands North dan Bukit Chagar.



Setelah siap, stesen keretapi di Woodlands itu akan menjadi salah satu yang terbesar di negara ini dan akan menyediakan hubungan perjalanan yang lancar ke Laluan Thomson-East Coast dan stesen MRT Woodlands North.



Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada Mac tahun lalu.



Sementara itu di Malaysia pula, kerja-kerja infrastruktur termasuk stesen kereta api, depoh dan 2.7 kilometer jejambat darat dan laut dikendalikan oleh MRT Corp, anak syarikat Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (RTSO).



"Ketika ini kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dengan kontraktor di kedua-dua pihak yakin projek itu mampu disiapkan tepat pada masanya," tambah Pejabat Akhbar Diraja melalui Facebook Sultan Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >