Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN

ITE akan tawar diploma Pertanian, Akuakultur mulai April

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan melancarkan sebuah program latihan baru pada April 2023 bagi melengkapi pekerja serta lulusan Nitec dan Nitec Lanjutan baru dari ITE dengan kemahiran kejuruteraan untuk mengendali sistem pertanian dan akuakultur yang baru.



Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, pada Khamis.



Program Diploma Bekerja sambil Belajar dalam bidang Pertanian dan Akuakultur itu juga bertujuan melengkapi mereka dengan pengetahuan berhubung penumbuhan tanaman dan pengurusan peternakan ikan.



Program baru itu merupakan sebahagian usaha membangunkan tenaga kerja pertanian-makanan yang berkemahiran sedang sektor pertanian-makanan di sini melalui transformasi ke arah penggunaan teknologi yang lebih produktif, inovatif dan jimat sumber.



Dalam responsnya kepada Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) yang bertanya tentang rancangan untuk membangunkan tenaga manusia bagi industri perladangan Singapura semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Dr Koh juga berkata terdapat program latihan bagi segmen tenaga kerja yang berbeza untuk memenuhi keperluan tenaga kerja industri pertanian-makanan.



Sedang Singapura terus mempelbagai sumber importnya bagi barangan makanan utama untuk memperkukuh daya tahan bekalan makanan negara ini, Dr Koh berkata pemerintah terus berusaha mencapai matlamat '30 menjelang 30', iaitu memenuhi 30 peratus keperluan makanan dengan pengeluaran setempat menjelang 2030.



Oleh itu, beliau turut mengumumkan bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) akan melancarkan tender tanah pertama bagi lebih pelbagai jenis makanan - termasuk sayur berbuah dan cendawan - pada 2023.



Tambahnya, kemajuan baik juga dicapai dalam usaha menghasilkan pelan induk bagi Lim Chu Kang, yang akan melalui transformasi menjadi kawasan pertanian-makanan teknologi tinggi.



Sedang Singapura menggalak ladang setempat untuk menghasilkan lebih banyak, Dr Koh menarik perhatian perlunya permintaan yang mencukupi bagi pengeluaran setempat.



Semasa perbahasan COS MSE itu, Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) menyarankan agar pemerintah menunjukkan sokongan bagi pengeluaran setempat dalam pemerolehan makanan.



Bersetuju bahawa ini perlu dikaji lagi, Dr Koh berkata sebuah Perikatan untuk Bertindak (AfA) baru bagi Permintaan Dagangan dan Pendidikan Pengguna telah dibentuk pada Februari sebagai sebahagian daripada perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura.



"Bersama, mereka akan meneroka huraian untuk membantu sektor hotel, restoran dan katering serta pengguna mendakap pengeluaran setempat.



"Saya mengalu-alukan saranan mereka yang akan membangunkan lagi industri pertanian setempat," ujarnya.



AfA itu antara lain disertai wakil ladang, pasar raya dan persatuan dagang, dengan disokong pelbagai agensi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >