Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE jalin kerjasama tingkat latihan pelajar bidang sukan, pengurusan acara, teknologi

Nov 01, 2023 | 08:01 PM



Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan membangunkan rangkaian perkongsian industri baru untuk meningkatkan latihan bagi pelajar dalam bidang sukan, pengurusan acara dan teknologi.

Ini melibatkan tujuh pertubuhan termasuk Garmin Singapura, Persatuan Badminton Singapura, Constellar Venues, Persatuan Pengurusan Konvensyen Profesional (PCMA), Unusual Productions Pte Ltd, Esports Entertainment Asia dan GlobalSign.In.

Demikian diumumkan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, pada Rabu semasa Majlis Penandatangan Surat Kerjasama antara ITE dengan rakan industri yang berlangsung di ITE Kolej Central.

Beliau, yang juga merupakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, menjelaskan dalam ucapannya bahawa kerjasama itu akan menawarkan lebih banyak peluang untuk latihan dan melanjutkan Diploma Kerja-Belajar (WSDip) mereka dengan ITE.

“ITE berada di barisan hadapan dalam memperkasa pelajar kita dengan kemahiran dan pengalaman yang relevan dalam industri, khususnya melalui WSDip.

“Adalah penting bagi institusi dan industri untuk bersama-sama membangunkan program latihan dan peluang yang melengkapi pelajar dan kakitangan dengan kemahiran terkini bagi memastikan kebolehpasaran berterusan,” ujar beliau.

Sejauh ini, 1,204 graduan telah menyelesaikan WSDip mereka dengan hasil gaji yang setanding dengan graduan Diploma dari politeknik.

ITE telah memperluaskan jumlah kursus-kursus WSDip dari empat hingga 40 dan akan terus melibatkan rakan-rakan industri untuk menawarkan lebih banyak peluang.

Sebagai contoh, WSDip dalam bidang Pengurusan Gaya Hidup dan Rekreasi yang ditawarkan oleh ITE dan Persatuan Badminton Singapura (SBA) akan menyokong pelajar yang merupakan bekas atlet untuk melatih semula dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran baru untuk memulakan kerjaya kedua mereka sebagai pegawai rekreasi atau eksekutif sukan.

“Selain WSDip, rakan kongsi industri, termasuk Unusual Productions, Esports Entertainment Asia dan Garmin Singapore, juga akan bekerjasama dengan ITE untuk menyediakan lebih latihan amali untuk pelajar, aktiviti pembelajaran dan program penempatan kakitangan,” tambah Dr Maliki.

Contohnya, Garmin, syarikat yang khusus dalam teknologi Sistem Penentuan Posisi Global bagi pelbagai industri, akan memberi peluang kepada pelajar ITE memahami lebih mendalam tentang pengaturcaraan aktif dengan penggunaan data masa sebenar seperti data ‘geospatial’ dan data kadar denyut jantung.

Pengetua ITE Kolej Central, Encik Suresh Natarajan, turut berkongsi: “Dalam dunia yang berkembang pesat, kita menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks. Bagaimanapun, saya yakin bahawa kekuatan kerjasama dengan organisasi serta kebijaksanaan kolektif minda kita akan membawa penyelesaian yang boleh mengubah semula industri, latihan tenaga kerja dan kemajuan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >