Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ITE suntik semangat jadikan pelajar raih kejayaan

Nov 05, 2023 | 05:39 PM



Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa itu, yang bermaksud cita-cita hanya boleh dicapai dengan berusaha, menjadi prinsip Cik Lya Tay Alwee Tay.

Walaupun meraih keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ di sekolah menengah, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai kecemerlangan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Pelajar tahun kedua ITE Kolej West jurusan Higher Nitec dalam Kejuruteraan Data itu berkata:

“Sepanjang empat tahun di sekolah menengah, saya mendapati sukar memahami pelajaran asas dan berkomunikasi dengan rakan sebaya saya, yang bersaing antara satu sama lain untuk memasuki kursus politeknik terbaik.

“Laluan berbeza ini (di ITE) memberi saya masa untuk menyesuaikan diri... dan memperoleh keyakinan diri lebih mendalam.”

Justeru apabila nama gadis berusia 18 tahun itu diumum sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (OSA) Bestari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), ia bak satu pengiktirafan yang tidak terhingga baginya.

Beliau mencapai purata mata gred (GPA) penuh, iaitu 4.0, dan aktif dalam kegiatan kokorikulum (CCA) sebagai bendahari Kelab Palu (Gavel Club) di ITE.

Penganugerahan itu, kata beliau, adalah satu penghormatan sejak sekian lama kerana usaha dan kerja kerasnya “diiktiraf oleh orang lain” dan menjadi pemacu untuk beliau teruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Cik Lya salah seorang daripada 45 pelajar Melayu/Islam di ITE yang menerima anugerah dalam majlis Anugerah Bestari 4PM 2023 – yang merai pencapaian cemerlang pelajar ITE dalam bidang akademik, CCA dan khidmat masyarakat – pada Sabtu.

Seramai 36 pelajar diberi Anugerah Akademik Bestari manakala sembilan menerima Anugerah Kecemerlangan CCA Bestari.

Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, menjadi tetamu terhormat di majlis itu.

Majlis penyampaian anugerah tahunan itu, yang kini memasuki edisi ke-21, berlangsung di Enabling Village, iaitu hab sehenti bagi golongan kurang upaya, di Lengkok Bahru. Ini kali pertama ia diadakan di luar ITE.

Dalam ucapannya, Naib Presiden 4PM, Encik Muhammed Saufi Abdul Rashid, berkata Cik Lya menunjukkan “dedikasi dan komitmen tidak berbelah bagi secara konsisten” untuk pertumbuhan peribadi dan kecemerlangan akademiknya sepanjang menuntut di ITE.

Satu lagi anugerah khas, Anugerah Daya Tahan (RA), bagi pelajar yang telah menonjolkan kecekalan jitu dalam melalui cabaran, turut diberikan.

Ia dimenangi Encik Mohammad Irfan Suhairi Alifi, pelajar ITE Kolej West jurusan Higher Nitec dalam Keselamatan Siber dan Rangkaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >