Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Didicazli pengarah eksekutif pertama 4PM

Oct 02, 2023 | 06:01 PM



Aktivis dan penyanyi tempatan Didicazli Ismail telah dilantik sebagai pengarah eksekutif pertama Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi (4PM) mulai Isnin.

Dalam kenyataannya, 4PM berkata Didicazli mempunyai pengalaman menyeluruh dalam kerja mendekati masyarakat serta rekod baik dalam urusan kepimpinan peralihan.

Ia berkata beliau akan memimpin 4PM dalam fasa lanjut membentuk dan membangun kehidupan belia dan keluarga tempatan serta menyokong urusan memenuhi keperluan kebajikan dan sosial masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Ketika dihubungi, Didicazli berkata beliau berbesar hati dapat menyertai sebuah pasukan pemimpin, staf dan relawan di 4PM yang sangat dihormati.


“Saya berharap dapat menyumbang kepada rancangan masa depan 4PM dengan baik dan memperluas kerja menyokong belia dan keluarga di sini,” kata beliau, yang juga pengerusi M Kuasa Tiga (M3) @Jalan Besar.


4PM adalah sebuah pertubuhan perkhidmatan sosial tidak meraih untung yang memberi tumpuan terhadap memperkasa dan membentuk anak muda tempatan menerusi pendidikan, pembentukan belia dan program sukarela kepada masyarakat.

Dalam kenyataannya pada Isnin, 4PM berkata pelantikan Didicazli diumumkan pada saat penting dan akan dapat membantu 4PM dalam langkah lanjut perkembangan pertubuhan itu dan mendalami kesannya kepada masyarakat.

Antara lain, dalam acara sambutan ulang tahun ke-75 4PM Ogos lalu, Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain, berkata badan Melayu/Islam (MMO) itu sedang dalam proses pendigitalan serta meluaskan pendekatannya dengan rangkaian rakan dan badan bantu diri Melayu/Islam dan bukan Melayu/Islam.

Ia telah melancarkan sebuah aplikasi bagi mempermudah pengurusan relawan dan derma serta menawarkan program sukarela bagi pengguna.

“4PM mempunyai sejarah yang kaya dalam membangunkan sebuah masyarakat yang peduli dengan setiap individu berasa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain, dengan menyumbang masa mereka bagi menyokong belia, keluarga dan masyarakat,” kata Encik Nassar dalam kenyataan itu.

“Sambil memandang ke hadapan, saya yakin Encik Didicazli akan memimpin 4PM dan memainkan peranan penting terhadap peringkat lanjut perkembangan 4PM.”

Didicazli, 41 tahun, bapa seorang anak, selain terkenal sebagai penyanyi telah melibatkan diri dalam kerja sukarela sejak 2010.

Pada 2014 beliau membangunkan sebuah perusahaan sosial yang memberi tumpuan terhadap memperkasa belia terdedah menerusi program pembelajaran berlandaskan pengalaman.

Empat tahun kemudian, Didicazli menyertai pengurusan sebuah badan amal Institusi Bertaraf Awam (IPC) di mana beliau memimpin usaha peralihan digital badan itu.

Di 4PM, beliau juga terlibat dalam urusan menawarkan platform bagi relawan belia membangunkan idea mereka untuk dijadikan projek bakti kepada masyarakat.

Pengalaman kepimpinannya dalam memacukan perubahan positif dan komitmen yang mendalam terhadap misi 4PM “selaras dengan misi dan nilai 4PM”, kata 4PM.

Mengenai pengalamannya, Didicazli berkata “ia telah memberikan kefahaman menyeluruh terhadap hala tuju strategik, inisiatif dan usaha lain yang kami perlu lakukan untuk membangkit belia dan membantu keluarga mereka secara holistik”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >