Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jadi penyelidik, sumbang kepada industri dan masyarakat

Jul 17, 2023 | 05:30 AM



Kampus Kecemerlangan Penyelidikan dan Perusahaan Teknologi (Create) telah ditubuhkan oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) pada 2006 sebagai sebahagian daripada strategi nasional Singapura untuk meningkatkan kerancakan dan kepelbagaian ekosistem penyelidikan, inovasi dan perusahaan di sini. Ia membolehkan daya usaha kerjasama secara berkesan dan koheren dalam mengharungi cabaran sejagat. Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang wawancara dua orang penyelidik yang dapat manfaat daripada inisiatif tersebut. Ikuti laporan ini.

Daripada membina lebuh raya bertol hingga ke mengusahakan garis panduan reka bentuk prasarana pemerintah di Indonesia, Dr.-Ing. Ali Aryo Bawono pernah melakukannya semua sebagai seorang jurutera.

Namun, setelah lima tahun berkecimpung dalam bidang tersebut, beliau tergerak untuk mencuba sesuatu yang baru.

Mempunyai sikap ingin tahu, Dr Ali memutuskan untuk mendalami dunia penyelidikan untuk mencipta dan menguji idea baru yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih luas.

Hari ini, Dr Ali, 35 tahun, yang merupakan penduduk tempatan di Singapura, menyumbang kepada projek pelbagai projek di sini hari ini.

Ini termasuk penyelidikannya dalam mobiliti elektro di bandar besar serta inovasi pasang siap atau prapasang (precast) menggunakan konkrit yang boleh bengkok untuk prasarana jalan.

“Dalam industri kejuruteraan, kami biasa dengan menghasilkan sesuatu berdasarkan idea yang sudah ditentukan.

“Sebagai penyelidik, saya berpeluang untuk keluar dari zon selesa saya dan cuba untuk menghasilkan inovasi yang baru,” katanya yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Bahan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan gelaran Dr.-Ing. dalam Kejuruteraan Awam dari Technische Universität München (TUM) di Jerman.

Sebagai jurutera awam yang dihormati dan pakar pengangkutan dan prasarana bandar mampan dengan ijazah kedoktoran dan pengalaman selama 12 tahun, Dr Ali kini merupakan seorang penyelidik di TUM Asia.

TUM Asia adalah institut penyelidikan dan pendidikan yang terletak di Singapura, sebagai kampus Asia Universiti Teknikal Munich.

Ia juga telah bekerjasama dengan NTU dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) untuk membincangkan kemungkinan kumpulan penyelidikan pada 2010 di bawah Kecemerlangan Penyelidikan dan Perusahaan Teknologi (CREATE).

Antara projek yang beliau sedang usahakan adalah untuk menghasilkan jalan raya elektrik yang boleh mengecas kereta elektrik ketika ia sedang bergerak.

Satu lagi projek adalah untuk menghasilkan konkrit unik.

Konkrit tersebut merupakan 300 hingga 500 kali ganda lebih kuat daripada konkrit konvensional dan mengurangkan pengeluaran pelepasan sebanyak 40 peratus.

Menurut Dr Ali, projek-projek itu masih dalam tahap penyelidikan, namun, beliau berharap ia dapat dilancarkan secara skala besar dalam beberapa tahun akan datang.

“Projek-projek ini mungkin dianggap sebagai risiko tinggi.

“Tetapi saya rasa projek seperti ini masih penting untuk diusahakan kerana ia boleh memberi manfaat kepada masyarakat kami.

“Dalam masa akan datang, ia mungkin juga boleh memanfaatkan lebih ramai di tahap antarabangsa,” jelas bapa seorang anak perempuan itu.

Menekankan kepentingan membina masyarakat yang ingin tahu, Dr Ali menyumbang masanya untuk menjadi mentor kepada anak muda.

Dalam masa luangnya, Dr Ali membimbing pelajar-pelajar dari Sekolah Tinggi Maris Stella dalam projek sains yang mereka ada seperti mendalami teknologi algoritma yang membantu mesin mempelajari data atau ‘machine learning’.

“Kadangkala apa yang mereka dapat pelajari dalam kelas adalah terhad.

“Jadi saya berharap dapat membantu mereka untuk terus berminat dalam bidang sains atau penyelidikan supaya mereka juga dapat melakukan yang sama bagi generasi yang akan datang,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >