Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jadual tersusun bantu imbangi masa, hilangkan tekanan

Jun 23, 2023 | 11:52 AM



Sewaktu di sekolah menengah dulu, Encik Fairul Afdlin Zainurul amat meminati sukan ragbi, bahkan pernah menjadi naib kapten pasukan sekolahnya.

Namun, gara-gara berasa sangat tertekan dengan pelajaran ketika menghadapi peperiksaan GCE ‘O’, beliau pernah menghadapi dilema sama ada untuk meninggalkan ragbi atau tidak untuk memberi sepenuh tumpuan pada pelajarannya.

Ini ekoran rasa hampa dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya yang tidak memuaskan ketika beliau berada di menengah 4. Pada masa yang sama, pasukan ragbinya dijadualkan menyertai satu pertandingan.

Namun, atas nasihat dan bimbingan tutor Skim Tuisyen Mendaki (MTS), Encik Fairul, 17 tahun, yang kini mengikuti kursus Diploma Keselamatan Siber dan Forensik Digital di Politeknik Temasek, berjaya mengatasi dilema itu.

“Tutor saya berkata saya tidak perlu tarik diri daripada ragbi. Saya hanya perlu kekalkan disiplin.

“Memandangkan ragbi sukan kegemaran saya, beliau mencadangkan agar saya mengimbangi masa dengan melakukan kerja sekolah sebelum dan selepas latihan ragbi,” kata Encik Fairul, yang menjalani latihan ragbi dua kali seminggu.

Sikap tidak putus asa yang diterapkan oleh tutor itu kini dijadikan dorongan untuk menggalas tanggungjawab dan melakukan yang terbaik.

Encik Fairul akur bahawa semasa di menengah 3, beliau begitu sibuk dengan ragbi dan tugasan sebagai ketua pelajar sehingga mengabaikan kerja sekolah.

“Semasa di menengah 3, jadual saya begitu padat sehinggakan saya tidak ada masa habiskan kerja sekolah. Tutor saya di MTS sedar akan kesilapan saya dan mula membimbing saya walaupun hal itu berada di luar tanggungjawab mereka,” kata beliau.

Menurut Encik Fairul lagi, pada mulanya, beliau agak segan berkongsi masalah dan tekanan sekolah bersama tutornya. Mujur tutornya menyedari beliau sedang menghadapi masalah kerana kerja-kerja MTSnya tidak memuaskan.

Mereka kemudian berbincang dengannya untuk memahami situasi dan memikir cara membantunya.

Satu cadangan yang amat membantu Encik Fairul adalah menyusun jadual harian dengan memberi keutamaan pada kerja sekolah, meluangkan masa untuk ragbi dan peranannya sebagai ketua pelajar.

Setelah mengamalkan jadual itu, beliau mula merasakan masanya lebih teratur dan seimbang. Sesi MTS juga memberi Fairul waktu yang khusus untuk belajar.

“Dengan adanya MTS, saya perlu melakukan kerja dan mengenal pasti kekurangan dalam pembelajaran saya. Ini amat bermanfaat, lebih-lebih lagi bagi saya yang kesuntukan masa,” tambah beliau.

Baginya, sesi MTS juga masa untuk menenangkan diri. Disebabkan sesi MTS diadakan di luar waktu sekolah, beliau berasa lebih selesa belajar kerana tidak terkejar-kejarkan masa.

“Saya amat berterima kasih kepada tutor-tutor saya yang melakukan lebih daripada apa yang diperlukan dan sentiasa memberi nasihat, panduan dan bantuan,” ujar beliau. – DANIAL FHARICK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >