Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jalan ke Pantai Pasir Ris bakal lebih mudah bila ‘Central Greenway’ selesai dibina

Program Membentuk Semula Estet (ROH) bertujuan beri nafas baru kepada kawasan estet perumahan lama
Sep 11, 2023 | 06:17 PM



Perjalanan pengunjung ke Pantai Pasir Ris bakal dipermudahkan dengan laluan berjalan kaki dan berbasikal yang lebih lancar apabila ‘Central Greenway’ selesai dibina.

Laluan sepanjang satu kilometer itu menggabungkan pusat bandar Pasir Ris dengan Taman dan Pantai Pasir Ris dan merupakan sebahagian daripada rancangan pembaharuan di bawah program Membentuk Semula Estet (ROH) yang sedang dibangunkan secara bertahap.

Kini, bahagian Selatan laluan tersebut sepanjang 400 meter siap dibina, sementara baki laluan akan terus dibina pada tahun-tahun akan datang.

Selain estet perumahan Pasir Ris, dua lagi kawasan lain – Woodlands dan Toa Payoh – membentuk kumpulan estet perumahan ketiga yang menjalani program ROH yang bertujuan memberi nafas baru kepada kawasan estet perumahan lama.

Ini menyusuli kumpulan estet perumahan pertama yang merangkumi Dawson, Punggol dan Yishun serta kumpulan estet kedua merangkumi East Coast, Hougang dan Jurong Lake.

Diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, buat kali pertama pada 2007, ROH bertujuan mengubah estet HDB menjadi tempat tinggal yang unik bagi warga Singapura.

Memberikan perkembangan tentang pembangunan yang telah dilaksanakan di tiga kawasan tersebut, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata kawasan-kawasan itu kini dilengkapi kemudahan yang membentuk ciri, masyarakat serta keterhubungan kawasan itu.

Menyentuh tentang rancangan pembaharuan di kawasan Pasir Ris, HDB berkata keunikan pantai dan tamannya merupakan antara pendapat yang sering diketengahkan semasa perbincangan dengan penduduk bagi melakar program ROH itu.

“Mereka menyarankan lebih banyak ruang dan prasarana disediakan di sana bagi tujuan riadah dan kegiatan masyarakat supaya ia terus menjadi identiti yang menyemarakkan lagi bandar tersebut.

“Saranan-saranan ini telah dipertimbang dalam melakarkan rancangan pembaharuan bagi Pasir Ris dan kini dilaksanakan secara bertahap,” menurut kenyataan itu.

Menurut HDB, menjelang 2024, kawasan permainan ‘maze’ di Pantai Pasir Ris akan diperluas dan astaka serta prasarana tandasnya akan diperbaharui.

Sementara itu, bagi menggalak gaya hidup mesra alam serta lebih sihat di kawasan Toa Payoh, HDB juga akan meningkatkan keterhubungan laluan berjalan kaki dan berbasikal.

Laluan antara Lorong 1 dan Lorong 6 Toa Payoh, kini dilengkapkan dengan flora dan fauna dan dipanggil ‘Nature Way’ atau ‘Laluan Alam’.

Menjelang akhir 2024 pula, taman-taman kecil yang dilengkapkan dengan tempat duduk dan ruang masyarakat akan disediakan di kawasan Nature Way itu dan membuatnya lebih menarik, menurut HDB.

Laluan berbasikal di sekitar Toa Payoh East dan Lorong 3 dan Lorong 5 Toa Payoh juga siap dibina.

Di Woodlands pula, Pusat Kejiranan Admiralty Place kini menempatkan sekitar 72 kedai, berbanding 46 kedai sebelum ini dan kini berhawa dingin.

Usaha penambahbaikan kawasan tersebut juga merangkumi pembinaan ruang bagi menganjurkan acara dan kawasan permainan kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >