Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan sekitar Padang akan ditutup untuk latihan NDP

Jun 07, 2023 | 08:14 PM



Beberapa jalan raya dan lorong akan ditutup pada tiga Sabtu yang akan datang, untuk latihan gabungan yang diadakan menjelang Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura 2023, menurut polis pada Rabu.

Latihan-latihan tersebut akan diadakan di Padang pada 10, 17, dan 24 Jun 2023.

Semasa penutupan tersebut, hanya kenderaan tertentu seperti pihak polis dan kenderaan kecemasan akan diberi akses.

Pegawai polis bantuan dan marsyal dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan ditempatkan di simpang jalan yang terlibat dalam penutupan tersebut untuk membantu dan mengarah pemandu.

Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di sepanjang jalan Beach Road, Bras Basah Road, Collyer Quay, Guillemard Road, Hill Street, Mountbatten Road, North Bridge Road, Raffles Avenue, Raffles Boulevard, Republic Boulevard, Temasek Avenue, Temasek Boulevard dan Victoria Street.

Pemandu kenderaan dinasihatkan supaya merancang laluan mereka lebih awal dan orang ramai yang melewati kawasan tersebut digalakkan agar menggunakan pengangkutan awam.

Mereka yang ingin ke Suntec City dan Marina Square dari Bras Basah Road, Esplanade Drive atau Nicoll Highway pula boleh menggunakan laluan alternatif melalui Bayfront Avenue atau Ophir Road menuju ke Temasek Boulevard.

Jalan raya dan lorong berikut akan ditutup mulai 2 pagi pada 10, 17, dan 24 Jun hingga 2 pagi pada 11, 18, and 25 Jun:

Fullerton Road ke arah Esplanade Drive (antara tiang lampu 5 dengan Esplanade Drive)
Esplanade Drive ke arah Nicoll Highway (antara Fullerton Road dengan Nicoll Highway)
Nicoll Highway ke arah Guillemard Road (antara Stamford Road dengan Bras Basah Road)
Fullerton Road (antara tiang lampu 18F dengan Esplanade Drive)
Connaught Drive
St Andrew’s Road
Parliament Place (antara Supreme Court Lane dengan St Andrew’s Road)
Coleman Street (antara St Andrew’s Road dengan Supreme Court Lane)
Beach Road (antara Stamford Road dengan Bras Basah Road)
Jalan susur dari Stamford Road ke Beach Road
Dua lorong kanan Raffles Avenue (antara tiang lampu 26F dengan Nicoll Highway)
Dua lorong kiri Crawford Street ke arah Republic Avenue (antara tiang lampu 23 dengan Republic Avenue)
Lorong di bahagian paling kanan Beach Road ke arah Republic Avenue (antara tiang lampu 90 dengan Republic Avenue)
Republic Avenue (antara Crawford Street dengan Republic Boulevard)
Republic Avenue (antara Nicoll Highway dengan Republic Avenue)
Republic Boulevard ke arah Republic Avenue (antara Ophir Road dengan Republic Avenue)
Republic Boulevard ke arah Republic Avenue (antara tiang lampu 12F dengan Republic Avenue)Republic Boulevard ke arah Raffles Avenue (antara Republic Avenue dengan Raffles Avenue)

Jalan raya dan lorong berikut akan ditutup dari 8 pagi hingga 11.59 malam pada 10, 17, dan 24 Jun:

Supreme Court Lane
Parliament Place (antara North Bridge Road dengan Supreme Court Lane)
Dua lorong kiri di High Street (antara tiang lampu 5 dengan North Bridge Road)
Coleman Street (antara Supreme Court Lane dengan North Bridge Road)
Stamford Road (antara Nicoll Highway dengan Beach Road)
Empat lorong kiri di Stamford Road (antara Beach Road dengan North Bridge Road)
Lorong di bahagian paling kanan Beach Road ke arah Stamford Road (antara tiang lampu 6 dengan Bras Basah Road)
Dua lorong kanan di Bras Basah Road (antara tiang lampu 68/1F dengan Beach Road)
Empat lorong kanan Bras Basah Road (antara Beach Road dengan Nicoll Highway)
Raffles Boulevard (antara Nicoll Highway dengan Raffles Link)
Dua lorong kanan jalan raya Middle Road ke arah Nicoll Highway (antara tiang lampu 3 dengan Nicoll Highway)
Jalan raya Nicoll Highway ke arah Esplanade Drive (antara Guillemard Road dengan Esplanade Drive)
Jalan susur dari bulatan yang menghubungkan Stadium Drive, Stadium Road, dan Stadium Place ke Nicoll Highway
Lorong di bahagian paling kanan jalan susur menuju dari Kallang-Paya Lebar Expressway ke Nicoll Highway (antara tiang lampu 20S19 dengan Nicoll Highway)
Jalan susur dari bulatan menghubungkan Stadium Drive ke Nicoll Highway
Jalan susur dari Mountbatten Road ke Nicoll Highway
Tiga lorong kiri jalan raya Guillemard Road ke arah Nicoll Highway (antara tiang lampu 4 dengan Nicoll Highway)
Lima lorong kanan Raffles Avenue (antara tiang lampu 26F dengan Nicoll Highway)

Jalan raya dan lorong berikut akan tutup mulai 1 petang hingga 3 petang, dan 6.30 petang hingga 8 petang, pada 10, 17 dan 24 Jun:

North Bridge Road (antara Stamford Road dengan Parliament Place)
Tiga lorong kiri North Bridge Road (antara tiang lampu 61 dengan Stamford Road)
Coleman Lane (antara Coleman Street dengan tiang lampu 3F) menjadi jalan dua hala dari 1 petang hingga 3 petang dan 6.30 petang dan 8 petang pada ketiga Sabtu ini.
Lorong di bahagian paling kiri North Bridge Road (antara tiang lampu 69 dengan Coleman Street) akan ditutup dari 3 petang hingga 6.30 petang pada ketiga Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >