Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jambatan atas BKE jadi talian hayat bagi hidupan liar

Nov 02, 2023 | 05:56 PM



Jambatan yang menghubungkan dua kawasan hijau yang penting Singapura telah menyelamatkan banyak haiwan daripada menjadi mangsa jalan raya, dan menyediakan laluan selamat bagi habitat di Hutan Simpanan Bukit Timah dan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah atau Central Catchment Nature Reserve.


Cabaran yang dihadapi tenggiling dan haiwan terancam lain di dua hutan alam semula jadi terbesar di Singapura telah berkurang sejak sedekad lalu, dengan sedikit kematian jalan raya direkodkan di sepanjang Ekspreswe Bukit Timah (BKE). Sejak jambatan itu siap dibina pada 2013, terdapat pengurangan lebih 90 peratus dalam bilangan tenggiling yang terbunuh di jalan raya di kawasan itu.

Antara 1994 dan Mac 2014, purata dua tenggiling Sunda yang hampir pupus dilanggar kenderaan di kawasan BKE setiap tahun. Haiwan lain yang terbunuh di jalan raya termasuk musang sawit biasa, kera berekor panjang, babi hutan dan beberapa spesies reptilia.

Pengarah kumpulan pemuliharaan di Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim, berkata antara April 2014 dan April 2023, hanya seekor tenggiling terbunuh akibat trafik jalan raya.

Antara 2015 dan 2022, NParks juga merekodkan kira-kira satu kejadian kematian jalan raya setiap tahun melibatkan hidupan liar lain di kawasan itu, seperti kera dan babi hutan, tambah Encik Lim.

Jambatan Eco-Link@BKE, yang mula dibina pada 2013, menghubungkan dua hutan alam semula jadi merentasi lebuh raya. Lebih 3,000 tumbuhan asli membentuk asas jambatan selebar 50 meter itu dan ia mula kelihatan seperti hutan tergantung menjelang 2015.

Jambatan sepanjang 62 meter, yang pertama serupa itu di Asia Tenggara, telah dibina bagi mengurangkan masalah utama hidupan liar asli di Singapura – pemecahan habitat.

BKE adalah adangan fizikal yang memisahkan dua hutan alam semula jadi, mengasingkan habitat dan populasi haiwan tinggal di hutan yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bandar.

Oleh kerana kumpulan haiwan ini dipisahkan oleh BKE yang mempunyai enam lorong, risiko kecergasan biologi bagi setiap populasi menjadi lemah akibat pembiakan dalam kalangan mereka berkaitan genetik dalam spesies. Ini boleh menyebabkan kepupusan spesies tempatan itu, kata Buku Panduan NParks mengenai Pemulihan Habitat yang dikeluarkan pada Khamis.

Penyelesaiannya adalah untuk membiarkan hidupan liar di kedua-dua hutan alam semula jadi bercampur, dan ini dapat berlaku dengan adanya Eco-Link@BKE.

Jambatan itu pada mulanya disasarkan untuk mamalia yang tinggal di hutan dengan pergerakan terhad dan spesies yang cenderung menjadi mangsa kematian jalan raya, seperti tenggiling, musang dan kancil.


Walaupun jambatan itu telah mengurangkan impak BKE ke atas kedua-dua hutan alam semula jadi, ia tidak boleh menangani sepenuhnya pemecahan habitat dan kematian jalan raya.


Alat bantuan lintasan hidupan liar lain telah disediakan sepanjang Eco-Link@BKE dalam membantu haiwan asli bergerak dengan lebih baik di antara dua hutan alam semula jadi dan taman di sekelilingnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >