Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jambatan mungkin dibina hubungkan Bay South, Bay East

Antara rancangan Gardens by the Bay jadikan Bay East Gardens taman tepi laut
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH jambatan bagi menghubungkan Bay South dan Bay East mungkin dibina sebagai sebahagian daripada rancangan Gardens by the Bay untuk membangunkan Bay East Gardens, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Pada masa ini, pelawat boleh pergi ke Bay East dari Marina Barrage.



Idea bagi jambatan itu muncul sedang Bay East Gardens dibangunkan untuk menjadi taman tepi laut, di samping pembinaan Memorial Pengasas, kata Encik Lee di sambutan ulang tahun ke-10 Gardens by the Bay semalam.



"Jambatan itu akan membolehkan pengunjung menikmati kedua-dua taman kami," tambahnya.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardens by the Bay, Encik Felix Loh, berkata tender akan dipanggil menjelang akhir tahun ini untuk reka bentuk jambatan itu.



"Apabila Bay East Gardens dibuka pada 2027, ia akan menjadi tempat menarik. Kami berpendapat mengadakan jambatan (antara Bay South dan Bay East) akan meningkatkan nilai tarikan ikonik ini," ujar beliau sambil menyatakan lokasi sebenar jambatan itu masih dibincangkan.



Kebolehlaksanaan mengadakan loji tenaga boleh diperbaharui kedua di Gardens by the Bay juga sedang diterokai sebagai sebahagian daripada peta jalan untuk mengurangkan karbonnya dan mencapai pelepasan bersih sifar. Peta jalan akan siap pada 2023.



"Loji kedua ini berpotensi dibuka kepada pengunjung untuk mendidik mereka tentang kepentingan kemampanan," kata Encik Lee.



Gardens by the Bay memasang lebih banyak panel solar pada strukturnya - membolehkan ia membekalkan tenaga elektrik setara dengan penggunaan tenaga tahunan kira-kira 2,300 flat empat bilik HDB.



Keanggotaan 'Kawan Gardens" selama setahun akan ditawarkan secara percuma kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah inisiatif Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, tambah Encik Lee.



Ia akan membolehkan keluarga melawat Gardens by the Bay secara percuma. Buat permulaan, ia akan diberi kepada mereka yang tinggal di Kreta Ayer dan Bukit Merah mulai Januari depan.



"Ini akan membolehkan mereka menikmati kunjungan tanpa had ke Flower Dome (konservatori) dan menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Gardens by the Bay," ujar Encik Lee.



Beliau berkata pandemik Covid-19 menunjukkan kepentingan mempunyai kawasan hijau, dengan Gardens by the Bay menarik 8.3 juta pengunjung penduduk pada 2021, kunjungan tempatan tertinggi taman itu.



"Saya gembira bahawa Gardens by the Bay telah memulakan inisiatif baru untuk mendekatkan Gardens kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat," tambahnya.



Gardens by the Bay juga akan mengadakan lawatan alam semula jadi dan kemampanan percuma untuk penduduk tempatan setiap hujung minggu pada Disember, dalam usaha menggalak kemampanan dalam masyarakat.



Encik Lee berkata: "Lawatan ini akan mempamerkan reka bentuk mampan dan usaha pemuliharaan biodiversiti, seperti di Kingfisher Wetlands."



Di majlis semalam, Presiden Halimah Yacob dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menanam sebatang pokok hujan-hujan - anak pokoknya diambil daripada pokok hujan-hujan yang ditanam oleh mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, pada 1986.



Encik Desmond Lee dan mantan menteri pembangunan negara, Encik Khaw Boon Wan serta Encik Mah Bow Tan, juga menanam pokok hujan-hujan kuning semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >