Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaminan bank, bon prestasi tidak lagi perlu bagi gajikan pembantu rumah Filipina

bon
Sep 09, 2022 | 05:30 AM



AGENSI pekerjaan Singapura dan majikan yang mengambil pembantu rumah Filipina tidak lagi perlu mengemukakan jaminan bank dan bon prestasi.



Bon prestasi adalah syarat oleh pemerintah Filipina untuk memastikan majikan di sini mematuhi peraturan, misalnya menyediakan perlindungan perubatan dan membayar gaji tepat pada masanya.



Ini adalah di samping bon keselamatan mandatori $5,000 untuk semua pembantu rumah migran bukan warga Malaysia di Singapura yang disyaratkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang masih diterapkan.



Langkah itu diumumkan oleh Setiausaha Pekerja Migran Filipina, Cik Maria Susana Ople, semasa pertemuannya dengan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, Rabu lalu.



Ia adalah antara hasil lawatan negara dua hari ke sini oleh Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr. Ia adalah lawatan pertama beliau ke Singapura sejak memegang jawatan pada Jun.



Satu kenyataan bersama oleh Jabatan Pekerja Migran Filipina dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pemansuhan syarat itu adalah bagi mengiktiraf persahabatan mendalam dan kekal antara dua negara ini.



Dalam kenyataan itu, Encik Tan melahirkan penghargaan bagi pemansuhan itu dan mengesahkan komitmen Singapura untuk melindungi kesejahteraan semua pekerja migran di Singapura.



Pejabat Buruh Luar Negara Filipina menyatakan dalam laman webnya bahawa surat jaminan untuk bon $7,000 Kedutaan Filipina bewrsama syarikat insurans terkemuka di Singapura diperlukan apabila pekerja Filipina luar negara berlepas atau kembali bekerja di negara lain.



Semasa lawatan Presiden Marcos itu, beliau dan Presiden Halimah Yacob memberi penghormatan kepada 200,000 masyarakat Filipina di Singapura dalam ucapan mereka pada majlis jamuan tengah hari di Istana.



Puan Halimah berkata Singapura adalah tempat tidak asing bagi ramai warga Filipina, yang mempunyai saudara dan rakan yang bekerja atau belajar di sini.



"Saya berbesar hati kerana pembukaan semula sempadan membolehkan ramai rakyat Filipina pulang ke tanah air mereka untuk bersatu semula dengan keluarga dan orang tersayang.



"Saya mengalu-alukan peningkatan kekerapan pertukaran sosial, pendidikan dan budaya antara dua rakyat kita," katanya.



Encik Marcos berkata ekonomi maju Singapura memberi peluang kepada beribu-ribu rakyat Filipina yang memilih memulakan kehidupan mereka di sini.



"Mereka gembira dan berpuas hati mengenai keputusan mereka datang ke Singapura untuk menjalani kehidupan mereka di sini.



"Rakyat Singapura terbuka dan mesra dalam hubungan mereka dengan pekerja Filipina kami di Singapura, dan untuk itu, saya berterima kasih kepada Pemerintah dan rakyat Singapura," kta beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >