Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah, 10 badan pelbagai kaum anjur pesta keluarga, budaya Melayu dan kesihatan

Acara hujung minggu ini antara lain bertujuan pererat hubungan kaum, sambut 90 tahun Jamiyah
Nov 03, 2022 | 05:30 AM



TIGA acara keluarga, budaya Melayu dan kesihatan akan dianjurkan Jamiyah Singapura bersama 10 pertubuhan pelbagai agama hujung minggu ini.



Pesta keluarga 'Our Family Fest 2022', yang menyokong Tahun Meraikan Keluarga Singapura (YCF) dan sekali gus menyambut ulang tahun ke-90 Jamiyah tahun ini, akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad di Our Tampines Hub (OTH).



Ia bertujuan mempromosikan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, kata naib presiden kedua Jamiyah, Encik Hafidz Abdul Malik, yang juga ketua pegawai strateginya.



Menurut beliau, ia selaras dengan iltizam Jamiyah terus berbakti kepada masyarakat dan memenuhi keperluan berbeza.



"Ia membolehkan kami terus berhubung dengan mereka yang mendapatkan bantuan dan khidmat kami. Ini salah satu cara untuk kami menyumbang kepada masyarakat, termasuk penderma, sukarelawan, dan penerima bantuan dan khidmat kami," ujar Encik Hafidz.



Pesta keluarga itu diadakan dari 3 petang hingga 6 petang dengan persembahan oleh artis tempatan seperti Fakkah Fuzz, Patricia Mok, Suhaimi Yusof, Irene Ang, Bobby Tonelli, Allen Wu dan Hanli Hoefer.



Ia juga akan menonjolkan permainan tradisional daripada budaya berbeza supaya pengunjung muda dapat didedahkan kepada budaya pelbagai kaum etnik yang kaya di Singapura, sambil menikmati makanan ringan pelbagai bangsa.



Selain itu, pengujung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan menyertai aktiviti yang diadakan.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo, bakal hadir sebagai tetamu terhormat.



Encik Hafidz berkata: "Pesta keluarga ini unik kerana ia perhimpunan fiesta keluarga besar-besaran melibatkan lebih 10 pertubuhan berbilang kaum di bawah satu bumbung."



Pertubuhan itu ialah Singapore Buddhist Lodge, Lembaga Endowmen Hindu, Persatuan Khalsa Singapura, Persekutuan Tao (Singapura), Persekutuan Muslim India, Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints, Loyang Tua Pek Kong, Persatuan Pembangunan India Singapura (Sinda), Soka Gakkai Singapura dan Narpani Pearavai.



Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, akan menjadi tetamu terhormat acara kedua - Festival Budaya Melayu - dari 8 malam hingga 10 malam pada Sabtu di Town Square, OTH.



Persembahan tradisional budaya Melayu oleh Sri Warisan, Tarian Azpirasi, Teater Tari Era, Silat (Persisi), Nadi Singapura dan Dikir Barat (Andika & Qitabi) akan menyerikan festival itu.



Penyanyi popular Malaysia Siti Nordiana dan ikon hiburan Singapura Sanisah Huri akan menambah kemeriahan acara itu de-ngan lagu Melayu tradisional.



Selebriti Suhaimi Yusof, Fiza O dan Khairudin Samsudin akan mengacarakan festival itu, yang akan turut digegarkan oleh pelawak Husin Saaban, BJ Kadir dan Saifudin Mahfuz daripada Geng Pecah Perut.



Pada Ahad pula Jamiyah mengadakan siri ceramah pertamanya bertajuk 'Kesihatan Emosi: Cabaran dan Penyelesaian', dengan tetamu khas Encik Mohd Shahiduzzaman, presiden Dewan Perniagaan Bangladesh Si-ngapura dan pengarah urusan Shahid Travel and Tours Pte Ltd.



Penceramahnya ialah Shaikh Abu Noman Tarek dari Canada, yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai seorang psikoterapi antarabangsa dan terlatih dalam latihan kemahiran intervensi bunuh diri (Asist).



Beliau akan menyampaikan ceramahnya dalam bahasa Benggali, menekankan kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >