Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah dan badan Islam raikan pelantikan baru Masagos

May 13, 2018 | 05:14 PM



JAMIYAH Singapura menganjurkan satu jamuan petang hari ini (13 Mei) untuk meraikan pelantikan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Acara itu merupakan usaha Jamiyah yang dianjurkan dengan kerjasama lebih 20 badan Melayu/Islam lain, termasuk Pertapis, Persatuan Muhammadiyah dan Persekutuan India Muslim Singapura.



Majlis di Hotel Grand Copthorne Waterfront di Havelock Road itu dihadiri sekitar 300 orang termasuk pemimpin masyarakat berbilang agama dan budaya.



Acara itu diserikan dengan penyampaian puisi serta tayangan video yang memaparkan ucapan tahniah oleh pemimpin pelbagai badan Melayu/Islam.



Encik Masagos, 55 tahun, mengambil alih peranan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam daripada Dr Yaacob Ibrahim pada 1 Mei lalu.



Menyusuli rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu, Dr Yaacob bersara daripada Kabinet tetapi kekal menjadi Anggota Parlimen GRC Jalan Besar.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >