Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah: Mansuh Seksyen 377A lebih banyak buruk daripada baik

Sep 24, 2018 | 08:52 PM



BADAN Islam setempat Jamiyah Singapura semalam berkata Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menjadikan hubungan seks antara lelaki satu jenayah, tidak harus dimansuhkan kerana tindakan sedemikian “akan membawa lebih banyak masalah dan kerosakan dari kebaikan dan kesejahteraan”.





Dalam kenyataannya, Jamiyah berkata: “Pendirian agama Islam mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini cukup jelas, iaitu, perhubungan seks sesama jenis dan orientasi yang berkaitan dengannnya, adalah haram dan berdosa besar.





“Syariah Islam mengajar penganutnya agar tidak turut serta atau menyokong sebarang kegiatan seumpama ini tetapi menangani perkara ini dengan penuh hikmah.”





Ia berkata dalam Islam hanya perkahwinan antara lelaki dengan wanita diterima.





“Diharapkan melalui pasangan ini, akan terbina rumahtangga yang sempurna dan sejahtera dan jika direstui Allah swt, akan lahir zuriat demi kesinambunangan institusi keluarga dan ummah,” kata Jamiyah.





Kenyataan itu dibuat berikutan perbahasan yang diperbaharui mengenai undang-undang itu.





Ini tercetus menyusuli keputusan Mahkamah Agung India pada 6 September lalu untuk memansuhkan seksyen itu di India.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >