Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah ubah suai flat, ceriakan warga emas sambut CNY

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA Tahun Baru Cina ini, Encik Choh Soo Har dapat beraya dalam rumah yang 'baru', hasil usaha penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah) menyebarkan kebahagiaan sempena musim perayaan melalui Project Happiness.



Warga emas berusia 73 tahun itu yang tinggal seorang diri di flat sewa di Bukit Batok jelas gembira dengan hasil ubah suai yang dilakukan ke atas rumahnya.



Ditemui di tempat kediamannya itu semalam, Encik Choh berkata:



"Saya sangat gembira. Ada katil baru, meja baru...mereka cat rumah, sekarang lebih bersih."



Dari 13 hingga 25 Januari lalu, empat penghuni Darul Islah telah membersihkan, mengecat semula dan memasang perkakas elektrik baru di rumah Encik Choh. Mereka juga telah gantikan beberapa perabot di rumahnya dengan yang baru.



Ini termasuk katil, almari, meja makan, peti sejuk, mesin pencuci baju dan kipas serta lampu dinding yang dapat dibeli hasil tajaan syarikat Bengawan Solo serta derma orang awam.



Selain itu, Encik Choh juga telah dihadiahkan dengan skuter elektrik - sesuatu yang dimintanya untuk membantu beliau bergerak.



Berterima kasih dengan pemberian skuter elektrik tersebut, Encik Choh, yang sakit kaki dan perlu gunakan tongkat untuk berdiri atau berjalan berkata:



"Sebelum ini, kalau turun beli makan, saya jalan lambat dan mesti berhenti empat kali (untuk duduk) dari bawah blok ke kedai makan.



"Sekarang, ada skuter ini senang. Tapi itu pun, saya mesti jalan-jalan, tak boleh selalu guna skuter sebab orang kata nanti kaki tak ada exercise makin lemah."



Encik Choh dipilih daripada empat penerima bantuan yang disenaraipendek Jabatan Pembangunan Masyarakat Jamiyah Singapura di kawasan Bukit Batok.



Profil dan keperluan beliau memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi penerima bantuan Project Happiness, kata Ketua Darul Islah, Encik Mohamad Faizal Abas.



Ini adalah kali ketiga Project Happiness memberi nafas baru kepada rumah penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina, dan projek ke 10 sejak ia dilancarkan pada 2019.



Project Happiness memberi tumpuan kepada empat perayaan - Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Krismas - di mana penerima bantuan yang menyambut perayaan tersebut akan dibantu menjelang musim perayaan.



Rumah mereka akan dibersihkan dan dicat semula, dan perabot baru akan menggantikan yang lama atau yang sudah rosak.



Bagi Encik Choh, perkakas elektriknya yang sudah lama melebihi sedekad, misalnya mesin pencuci baju dan peti sejuk, telah digantikan dengan yang baru.



Terlibat sama dalam mengubah elok rumah Encik Choh, penghuni Darul Islah, 'Adam', berkata beliau bahagia dapat menyumbang tenaga kepada usaha murni itu.



"Ini kali pertama saya buat projek sebegini dan kali pertama juga saya cat rumah. Penat juga sebab banyak juga barang yang perlu diketepikan (dari rumah Encik Choh). Saya rasa gembira dapat tolong orang macam warga emas, rasa puas hati dapat tolong mereka sebab mereka pun kadang-kadang perlu bantuan," ujar 'Adam' yang sudah dua bulan menetap di Darul Islah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >