Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangan salah guna Al-Quran wajarkan keganasan keluarga, rumah tangga: Ustaz Irwan Hadi

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



USAH salah guna Al-Quran untuk membolehkan keganasan dalam keluarga dan rumah tangga, kata Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy semalam.



Menambah, beliau berkata tafsiran Al-Quran perlu dilakukan dengan mengambil kira kebiasaan sosial dan budaya dalam sesuatu masa.



Beliau menyatakan sedemikian dalam perbincangan bersama ahli panel di Simposium Silang Agama yang berlangsung di Institut Devan Nair pagi semalam.



Semasa perbincangan panel, pelbagai pemimpin agama turut berkongsi pandangan mereka mengenai keganasan keluarga dan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat agama mereka.



Ustaz Irwan berkongsi bahawa orang ramai harus mengambil kira kebiasaan sosial dalam mentafsirkan Al-Quran.



"Ya, Al-Quran mungkin berkata bahawa seorang suami harus "memukul" isterinya, tetapi dalam memahami Al-Quran, anda tidak boleh melarikan diri daripada melihat bagaimana Nabi yang menterjemahkan Al-Quran, berkelakuan dan bagaimana beliau menjalani kehidupan.



"Beliau tidak pernah memukul hamba atau wanita dan beliau sendiri berkata bahawa seorang lelaki yang mulia hanya memperlakukan wanita dengan kehormatan dan integriti dan hanya lelaki yang curang dan tidak jujur akan menghina seorang wanita," kata beliau sambil menambah bahawa dalam norma masyarakat ini, memukul wanita atau lelaki tidak dibenarkan.



Menyentuh tentang konsep bermaaf-maafan dan elak daripada balas dendam apabila diserang atau dihina, pemimpin Gereja Kristian Jurong, Reverend Terry Kee pula berkata memaafkan tidak bermakna seseorang itu harus bertahan jika mereka didera berkali-kali.



"Ada dua aspek yang harus seimbang. Ya anda boleh memaafkan mereka dan tidak membawa mereka ke mahkamah.



"Tetapi anda juga perlu memikirkan bagaimana anda lindungi diri anda daripada didera lagi," kata beliau.



Ahli Lembaga Penasihat Hindu, Cik Susila Ganesan turut berkongsi bagaimana teori karma kadangkala digunakan oleh pengganas atau si mangsa.



"Anda tidak seharusnya menggunakan teori-teori dan ajaran agama untuk mewajarkan kelakuan anda.



"Jika anda mempunyai kematangan rohani, anda akan sedar bahawa teori-teori agama seperti karma berfungsi untuk semua orang dan apabila anda melakukan perkara-perkara buruk kepada orang lain, maka anda juga akan mempunyai kehidupan yang buruk," ujar beliau.



Pengarah Eksekutif, Casa Raudha Ltd dan Pengerusi Jurong Kumpulan Kerja Keganasan Keluarga (FVWG), Cik Zaharah Arif, pula berkata terdapat banyak aliran dalam masyarakat di mana seseorang boleh mendapatkan bantuan.



"Apabila anda berada dalam rumah tangga yang menghadapi banyak ketegangan, anda harus mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Keluarga (FSC) untuk bercakap dengan seorang profesional yang boleh memberi nasihat yang betul kepada anda," kata beliau yang menambah bahawa selalunya kekurangan pemahaman, bimbingan dan kesedaran tentang hak mereka adalah di antara punca keganasan yang berlaku dalam keluarga dan rumah tangga. - RABIATUL ADAWIYA BINHAN




“Dalam memahami Al-Quran, anda tidak boleh melarikan diri daripada melihat bagaimana Nabi yang menterjemahkan Al-Quran, berkelakuan dan bagaimana beliau menjalani kehidupan. Beliau tidak pernah memukul seorang hamba atau wanita dan beliau sendiri berkata bahawa seorang lelaki yang mulia hanya memperlakukan wanita dengan kehormatan dan integriti dan hanya lelaki yang curang dan tidak jujur akan menghina seorang wanita.”
– Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >