Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangkitan variasi XBB dijangka cecah 15,000 kes sehari bulan depan

Ye Kung: Mereka yang belum pernah dijangkiti atau dijangkiti Covid-19 sebelum gelombang Delta tahun lalu hadapi risiko lebih besar
Oct 16, 2022 | 05:30 AM



GELOMBANG terkini jangkitan Covid-19 didorong subvarian XBB dan dijangka mencecah sekitar 15,000 kes sehari sekitar pertengahan bulan depan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye King, semalam.



Berkongsi jangkaan lonjakan angka tersebut dalam satu sidang media di bangunan Kementerian Kesihatan (MOH), Encik Ong berkata meskipun subvarian XBB telah mendorong bilangan kes yang dikesan di sini dan serata dunia, namun tiada seorang pun pesakit Covid-19 yang dirawat dalam Unit Jagaan Rapi (ICU) di sini yang dijangkiti XBB.



Namun mereka yang belum pernah dijangkiti Covid-19 atau dijangkiti virus itu sebelum gelombang Delta di Singapura tahun lalu lebih berkemungkinan dijangkiti subvarian XBB yang merupakan varian Omicron.



"Kemungkinan ini merupakan gelombang dengan lonjakan tinggi yang singkat didorong XBB," kata Encik Ong.



Berdasarkan perangkaan gelombang jangkitan yang berlaku sebelum ini menunjukkan Singapura mempunyai kapasiti penjagaan kesihatan yang mencukupi untuk menangani kes-kes koronavirus, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Hospital awam di sini sudah pun melaksanakan pelbagai langkah seperti menangguh kemasukan pesakit yang bukan dalam senarai kecemasan untuk menawarkan lagi 200 katil jagaan bagi pesakit Covid-19.



Dalam dua minggu mendatang, hospital awam akan beroperasi dengan lebih 800 katil diperuntukkan untuk pesakit Covid-19, kata kementerian itu.



Meskipun subvarian XBB ini mudah menular, Pengarah khidmat perubatan MOH, Profesor Madya Dr Kenneth Mak, berkata ia mungkin kurang berbahaya berbanding gelombang virus sebelum ini. Ini, kata beliau, adalah "apa yang diharapkan mereka".



"Sekiranya kita mempunyai varian yang 'saling bersaing' dengan varian lain, tapi menyumbang kepada jangkitan yang kurang serius... ini bermakna ia akan mengurangkan beban ke atas sumber hospital," katanya.



Subvarian XBB membentuk sekitar 54 peratus daripada kes-kes setempat semasa minggu antara 3 Oktober hingga 9 Oktober.



Angka terkini MOH menunjukkan kadar kejadian bagi mereka yang belum pernah menghidap Covid-19 adalah lebih tinggi dijangkiti subvarian XBB, berbanding kumpulan lain.



Kadar kejadian mereka yang belum dijangkiti adalah 162.5 jangkitan bagi setiap 100,000 orang seharian antara 8 dengan 14 Oktober.



Ini berbanding 147.4 jangkitan bagi setiap 100,000 orang seharian bagi yang pernah dijangkiti Covid-19 sebelum atau semasa gelombang Delta di sini.



Gelombang Delta mencecah kemuncaknya pada Oktober dan November tahun lalu.



Kadar kejadian bagi kes jangkitan semula sekitar sebulan hingga tiga bulan selepas jangkitan pertama juga adalah rendah - sekitar 0.7 jangkitan bagi setiap 100,000 orang seharian.



Ini menandakan bahawa kemungkinan jangkitan semula bagi kumpulan ini (mereka yang pernah dijangkiti sebelum atau semasa gelombang Delta) adalah rendah.



"Kita sering dengar kisah seseorang dijangkitinya satu ketika dan kemudian dijangkitinya lagi pada bulan selanjutnya - ini amat jarang berlaku.



"Tapi jika anda pernah dijangkiti empat hingga enam bulan lalu, atau tujuh hingga 10 bulan lalu, kemungkinan dijangkiti semula lebih tinggi.



"Namun ia masih rendah berbanding mereka yang belum pernah dijangkiti Covid-19 langsung," kata Encik Ong.



Encik Ong menambah bahawa risiko dijangkiti subvarian XBB hampir serupa bagi mereka yang belum pernah dijangkiti dengan mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 sekitar Oktober tahun lalu atau lebih awal.



Lantas beliau mengingatkan bahawa perlindungan bagi jangkitan dan vaksin tidak kekal selamanya.



"Ia hanya bertahan sekitar setahun menurut data ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >