Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usah ngomel: Ingatkan anak dengan cara lain

Aug 1, 2023 | 2:56 PM
ENGGAN DENGAR KATA: Jika anda rasa anak anda sukar mendengar kata dan anda perlu sentiasa mengingatnya untuk melakukan sesuatu, mungkin anda boleh cuba kaedah lain.
ENGGAN DENGAR KATA: Jika anda rasa anak anda sukar mendengar kata dan anda perlu sentiasa mengingatnya untuk melakukan sesuatu, mungkin anda boleh cuba kaedah lain. - Foto ISTOCKPHOTO

Tidak dapat dinafikan, membesarkan anak merupakan satu perjalanan indah dan dalam masa yang sama mencabar.

Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi daripada ibu bapa sedang mereka mengimbangi antara mendidik anak dengan memberikan kasih sayang.

Anak kecil yang penuh rasa ingin tahu dan mengenali diri sendiri seringkali menunjukkan sikap yang tidak menentu yang mungkin menguji tahap kesabaran ibu bapa.

Disebabkan itu, kadangkala ibu bapa terpaksa mengawal kemarahan mereka, atau mereka mungkin menghabiskan begitu banyak masa hanya untuk mendapatkan anak-anak mendengar kata.

Anak disuruh melakukan sesuatu sehingga menjejas peluang adanya interaksi positif.

Bagi ramai ibu bapa, memberi peringatan yang kerap boleh menjejas tenaga mental mereka apabila anda perlu sentiasa memberitahu anak-anak tentang tanggungjawab mereka atau melakukan sesuatu tugas tertentu.

Dengan memahami kesan negatif daripada kerap menegur atau membebel dan mencari strategi alternatif, ibu bapa dapat memupuk perkembangan sihat dan menjalin hubungan yang lebih baik dengan anak-anak mereka.

Menukar nada anda atau mencuba kaedah peringatan yang berbeza kadangkala boleh membantu, tetapi selalunya isu itu lebih kompleks kerana ia berkaitan dengan jangkaan ibu bapa dan strategi komunikasi.

“Tiada rahsia bagaimana anda boleh memberitahu anak anda untuk melakukan sesuatu yang akan membuat mereka melakukannya,” kata Dr Stuart Ablon, profesor bersekutu di Sekolah Perubatan Harvard.

Apabila ibu bapa kerap membebel, ia mungkin akan menghalang anak kecil itu daripada menjadi lebih berdikari.

Mengingatkan si kecil untuk melakukan sesuatu secara berulang mungkin juga akan menyebabkan anak menjadi lebih bergantung kepada ibu bapa, sekali gus menyebabkan mereka tidak mengambil daya usaha sendiri.

Dengan membiarkan anak-anak melakukan perkara mudah mengikut tahap kemampuan sendiri, ini dapat mendorong mereka menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu dalam membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam suasana yang menyokong.

Ternyata, semua ini perlukan kesabaran.

Anda mungkin perlu mengawal perasaan dan kekal tenang apabila anda perlu mengingatkan anak anda untuk melakukan sesuatu sekali lagi.

Dengan mengamalkan kesabaran, ibu bapa akan mewujudkan persekitaran pembesaran yang menyokong, mempromosikan perkembangan sihat bagi si kecil.

Ia akan turut membuka jalan bagi hubungan harmoni dan positif antara ibu bapa dengan anak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg