Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jari mangsa terpotong: Doktor dijel, denda dek pandu cuai

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG doktor tidak memberi jalan kepada seorang penunggang motosikal ketika membelok ke kanan, mengakibatkan satu kemalangan.



Nahas itu menyebabkan tiga jari kaki penunggang tu, Encik Muhammad Zakir Zakaria, 21 tahun, terpaksa dipotong.



Pemboncengnya, Cik Eisya Nabila Jaini, juga 21 tahun, mengalami beberapa kecederaan, termasuk pada tulang kering kaki kanannya.



Setelah nahas itu, doktor tersebut, Roger Pang Heng Mun, keluar dari keretanya untuk membantu mereka.



Semalam, pesalah berusia 76 tahun itu dihukum penjara empat hari dan denda $5,000 setelah mengakui salah menyebabkan kecederaan parah kerana cuai ketika memandu.



Lesen memandunya juga ditarik balik dan dia dilarang memandu semua kenderaan selama 10 tahun.



Pencarian dalam talian menunjukkan Pang seorang doktor di The Ming Clinic di Camden Medical Centre.



Mahkamah mendengar bahawa dia sedang memandu di Bukit Batok East Avenue 6 sekitar 8 malam pada 11 Oktober 2019 dan tiba di satu simpang trafik.



Pang hendak membelok ke kanan apabila lampu hijau tetapi motosikal itu timbul dari arah bertentangan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Goh Yong Ngee berkata walaupun motosikal itu dapat dilihat, Pang "secara tidak sengaja gagal memberi laluan" dan membuat belokan kanan.



Encik Zakir mengalami beberapa kecederaan yang melibatkan pemotongan tiga jari kaki kanannya. Beliau keluar hospital pada 26 November 2019 dan diberi cuti hospital 325 hari.



Cik Eisya dirawat dalam wad dari 12 hingga 18 Oktober itu dan melalui pembedahan bagi kecederaannya.



Menekankan pasangan itu mengalami kecederaan parah, DPP Goh meminta mahkamah menghukum Pang penjara 10 hari dan larangan memandu dua tahun.



Peguam bela Peggy Sarah Yee meminta Pang dikenakan denda maksimum dan tempoh larangan memandu lama, dan jika hakim akan memberikan hukuman penjara, beliau memohon hukuman penjara dua hari.



Cik Yee berkata: "Tertuduh tidak laju, dia tidak melanggar lampu trafik. Dia mempunyai rekod memandu tanpa cela selama 57 tahun... Dia telah menjual keretanya dan dia tidak lagi memandu."



Mahkamah diberitahu bahawa Pang mempunyai glaukoma dan katarak - keadaan mata yang dapat menyumbangkan kepada ketidakupayaannya melihat barang dengan jelas dalam penglihatan periferalnya.



Cik Yee menambah bahawa Pang juga mengalami apnea tidur obstruktif teruk dan tidur dengan bantuan mesin setiap malam.



Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Marvin Bay berkata adalah mengejutkan Pang tidak mempunyai wawasan mengenai kemerosotan penglihatan periferalnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >