Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jaringan kerjasama sejagat penting demi masa depan mapan: DPM Heng

Pandemik tunjuk betapa dunia saling bergantung satu sama lain, kata DPM di Sidang Puncak Bandar Dunia
Jun 22, 2021 | 05:30 AM



VIRUS Covid-19 telah menunjukkan bagaimana dunia saling bergantung dan terkait serta mengapa kerjasama global amat penting, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, sambil menggesa bandar-bandar dunia memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk mewujudkan masa depan yang mapan dan sesuai didiami.



Ini dapat dilakukan menerusi inovasi, pelaburan dan penyepaduan kata beliau.



Bercakap ketika memberikan ucaptama beliau di Sidang Puncak Bandar Dunia (WCS) semalam, Encik Heng berkata pandemik ini menimbulkan peluang sekali dalam satu generasi untuk meneroka semula dan membina bandar masa depan.



"Walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi respons global, terdapat juga perkara yang baik.



"Salah satu bidang tersebut ialah tahap perkongsian maklumat dan kerjasama yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam sains dan teknologi," kata Encik Heng.



Memberi contoh, beliau berkata sedang ekonomi digital berkembang, perdagangan digital juga perlu berkembang menerusi kerjasama kolektif.



Menjelaskan dengan lanjut, Encik Heng berkata ia dapat diusahakan dengan menyelaraskan piawaian selain membolehkan aliran data yang dipercayai melintasi sempadan.



Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa untuk membina dunia yang lebih berdaya tahan, hubungan rantaian bekalan menerusi pendigitalan dan pergerakan barang, perlu dikendalikan dengan lebih baik.



Bertemakan Liveable and Sustainable Cities: Adapting to a Disrupted World, edisi ketujuh WCS ini berlangsung mulai semalam hingga 23 Jun dan ia diadakan secara maya. Ini juga merupakan kali pertama acara dwitahunan yang dilancarkan pada 2008 itu menampilkan sesi fizikal dan dalam talian untuk peserta dari seluruh dunia.



Lebih 3,500 peserta, terdiri daripada penggubal dasar dan pemimpin perniagaan telah mendaftar untuk menyertai WCS tahun ini, yang antara lain membincangkan bagaimana bandar dunia boleh lebih senang didiami. Peserta di Singapura turut dijemput untuk menghadiri sesi terpilih secara bersemuka di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands.



Sewaktu ucapannya itu, Encik Heng turut menekankan bandar dunia juga memainkan peranan penting dalam menjalin jaringan kerjasama yang lebih kukuh.



Antaranya menerusi kerjasama di mana bandar-bandar dapat memperkukuhkan lagi usaha pertumbuhan dan inovasi, serta membina kekuatan satu sama lain.



"Kami dapat membina jaringan kerjasama - untuk menghasilkan idea prototaip dalam pelbagai konteks, dan untuk meningkatkan hubungan antara bandar," ujarnya



Dalam usaha ini, Encik Heng membentangkan dua contoh iaitu kerjasama antara Singapura dengan Shenzhen, China, untuk membina sebuah Bandar Bijak serta Perikatan Inovasi Global (GIA), yang menghubungkan Singapura ke bandar-bandar inovatif di seluruh dunia.



"Kami berharap Singapura dapat memainkan peranan yang berguna sebagai 'titik Global-Asia', sebagai pintu masuk bagi bandar-bandar di serata dunia untuk meneroka peluang di Asia dan untuk Singapura berfungsi sebagai landasan bagi bandar-bandar di Asia untuk berkembang ke pasaran global.



"Ini juga semangat kerjasama dan pembelajaran yang sama yang diusahakan oleh platform seperti Puncak Bandar Dunia," ujarnya lagi.



Semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, turut hadir sebagai penceramah undangan.



Dalam ucapannya, Encik Lee telah berkongsi pendekatan yang diambil untuk membangunkan Singapura di tengah-tengah masa tidak menentu ini.



Beliau antara lain mengetengahkan Pelan Konsep jangka panjang yang dikaji semula setiap 10 tahun dan akan membimbing perkembangan Singapura dalam tempoh 50 tahun mendatang.



Sementara itu, Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, pula membincang topik Membuat Pelaburan dalam Pemulihan yang Mampan dan Adil.



Beliau berpendapat bahawa bandar-bandar perlu membangunkan infrastruktur bukan sekadar untuk menangani perubahan iklim dan pandemik, tetapi juga untuk mengurangkan ketidaksamaan dan memperkuat daya tahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >