Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasa cemerlang pada masyarakat diiktiraf

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Sallim Abdul Kadir, 66 tahun, telah dianugerahkan Anugerah Jasa Cemerlang Muis tahun ini sebagai mengiktiraf sumbangan bakti beliau yang cemerlang lagi meluas dalam masyarakat.



Aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Encik Sallim juga memainkan peranan sebagai pengerusi lembaga pengarah Warees Halal dari 2017 hingga sekarang, anggota majlis Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dari 2004 hingga 2019, anggota lembaga pengarah Yayasan Mendaki dari 2004 hingga sekarang serta anggota Warees Investments dari 2008 hingga sekarang.



Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu acara maya menerusi wadah Zoom semalam.



Mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Muis tahun ini, Presiden Halimah Yacob berkata:



"Saya berbesar hati dapat berinteraksi dan menyampaikan anugerah ini secara dalam talian kepada 10 individu cemerlang bagi sumbangan mereka terhadap kehidupan masyarakat Muslim Singapura.



"Harapan saya adalah supaya masyarakat akan terus berkasih sayang antara satu sama lain dalam peralihan untuk menjadi negara berdaya tahan menghadapi Covid-19."



Laporan penuh: Jasawan prihatin cabaran masyarakat di era digital




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >