Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasa inspektor pusat pemeriksaan diiktiraf

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



SEWAKTU awal fasa pandemik Covid-19 tahun lalu, Inspektor Pusat Pemeriksaan (CI) Rosidah Abdul Rahman diberitahu supaya mencari seorang pelajar berusia 15 tahun yang sedang dalam transit di Singapura untuk pulang ke Malaysia.



Apabila bertemu dengan remaja itu, dia kelihatan takut dan seolah-olah tidak tentu arah.



Justeru, CI Rosidah menenangkan remaja itu, menemaninya dan memberinya keyakinan bahawa dia akan dijaga.



Walaupun kejadian ini merupakan suatu yang di luar skop pekerjaannya, CI Rosidah terus menemani pelajar itu sehingga dia menaiki penerbangannya dengan selamat meskipun syif kerjanya sudah tamat.



"Sebagai seorang ibu sendiri, saya pasti ia amat menakutkan (bagi seorang anak) jika keseorangan dalam negara asing," kata ibu tiga anak itu.



Kejadian yang berlaku itu merupakan antara pengalaman yang menyentuh jiwanya memandangkan ia melibatkan seorang budak perempuan yang tidak ditemani sesiapa.



CI Rosidah, 39 tahun, yang sudah berkhidmat di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) selama 14 tahun, diiktiraf dengan Pingat Kecekapan kelmarin di Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) 2020.



Pingat Kecekapan dianugerahkan kepada individu yang telah membuat sumbangan besar dan menunjukkan dedikasi dan ketekunan secara konsisten dalam pekerjaan mereka.



"Saya amat tersentuh.



"Rakan kerja saya, anggota keluarga, mereka amat menyokong apa yang saya lakukan dan mereka memahami bahawa sejak kecil saya ingin melakukan sesuatu yang dapat menyumbang kepada negara. Menyertai ICA juga adalah menjadi sebahagian Home Team, jadi saya suka menyumbang minat saya untuk membuat Singapura selamat," ujarnya.



Melihat kembali perjalanannya dalam ICA, CI Rosidah berkata beliau bermula di Pusat Pemeriksaan Tuas dan hanya berpindah ke Lapangan Terbang Changi kira-kira sedekad lalu.



Kini, CI Rosidah merupakan penolong pemimpin pasukan Komand Lapangan Terbang di dewan pelepasan Terminal 3.



Tugasnya adalah membantu dalam operasi harian seperti meluluskan pasport pengunjung, menjalankan siasatan awal bagi kesalahan immigrasi serta melakukan tugas pentadbiran dan penyeliaan bagi pasukannya.



Sebelum ini, CI Rosidah telah menerima beberapa anugerah seperti Pejuang Perkhidmatan (Individu), Perkhidmatan Bintang (star service) MHA, dan Perkhidmatan Cemerlang (Perak), atas penyampaian perkhidmatannya yang baik.



Bagi wanita itu, menghulurkan bantuan dan melakukan yang lebih sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.



"Apabila ada orang yang memerlukan bantuan kita, usah ragu-ragu dan mempersoalkan sama ada kita patut membantu...bagi saya, jika anda boleh melakukannya, terus lakukannya," jelasnya positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >