Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatan kosong sektor infokom kekal tinggi, pekerja Grab yang diberhentikan dibantu: Zaqy

Jul 05, 2023 | 06:31 PM



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dimaklumkan tentang keputusan GrabTaxi Holdings untuk memotong sebanyak 1,000 pekerjaan atau sekitar 11 peratus bilangan pekerjanya pada 20 Jun 2023.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen tentang pemberhentian pekerja di syarikat itu pada Rabu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata MOM juga telah menerima Pemberitahuan Wajib Pemberhentian Pekerja syarikat tersebut yang dikemukakan dalam tempoh lima hari selepas pekerja yang terjejas dimaklumkan bahawa mereka diberhentikan kerja, seperti yang diperlukan di bawah Akta Pekerjaan.

“Berdasarkan pemberitahuan pemberhentian pekerja yang diterima MOM, profil tenaga kerja GrabTaxi Holdings sebelum dan selepas pemberhentian pekerja itu rata-ratanya sama,” ujarnya.

Encik Zaqy berkata Industri Digital Singapura (DISG) sedang bekerjasama dengan Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Bertanggungjawab dan Pemudahan Pekerjaan untuk memastikan peralihan yang lancar bagi pekerja yang terjejas.

Khususnya, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) sedang berhubungan dengan GrabTaxi Holdings dan telah menawarkan khidmat bimbingan kerjaya, bengkel daya kerja serta inisiatif membantu mencari pekerjaan lain.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Grab, Encik Anthony Tan, mengumumkan rancangan syarikat itu memotong sebanyak 1,000 pekerjaan pada 20 Jun untuk menangani kos dan untuk memastikan ia terus menawarkan perkhidmatan yang dimampui dalam jangka masa panjang.

Dalam satu surat yang dihantar kepada pekerja, Encik Tan berkata pemberhentian pekerja itu, yang terbesar sejak pandemik, bukan satu “jalan pintas untuk mencapai keuntungan” tetapi satu rombakan pertubuhan yang strategik untuk menyesuaikan dengan sekitaran perniagaan semasa.

Dengan pemberhentian pekerja yang dijalankan oleh syarikat itu, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) juga bertanya sama ada ia satu petanda masalah yang lebih besar dalam sektor teknologi.

Oleh itu, beliau ingin tahu sama ada terdapat proses dalam MOM untuk mengurangkan risikonya pada masa hadapan.

Menarik perhatian bahawa jumlah jawatan kosong dalam sektor infokom kekal tinggi, sekitar 8,100 pada Mac 2023, Encik Zaqy berkata terdapat permintaan dalam sektor itu.

Lebih daripada itu, beliau juga berkata kemahiran teknologi akan terus meraih permintaan tinggi dalam firma bukan teknologi.

Tambahnya, MOM sedang bekerja rapat dengan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan e2i, antara lain untuk memastikan bahawa pekerja yang diberhentikan kerja diberi peluang dan kaunseling kerjaya untuk membantu mereka mendapat pekerjaan baru secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >