Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN

Jawatan Presiden Dipilih bukan alternatif kepada kuasa politik: Tharman

Kedudukan Presiden bukan untuk meraih populariti
Aug 15, 2023 | 05:30 AM



Jawatan Presiden Dipilih adalah berasingan daripada pentadbiran pemerintah dan penyandangnya tidak harus berpolitik apalagi bersaing dengan pemerintah, kata bakal calon presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Sambil menekankan sekiranya dipilih menyandang kedudukan ulung negara, peranannya kelak adalah untuk “menyokong daya usaha rakyat, menyokong pertubuhan sivil yang cuba memupuk satu budaya baru yang saling menghormati dan memberi sokongan kepada suara-suara yang tidak didengari” menyentuh pelbagai isu yang memberi kesan kepada masyarakat.

“Jawatan presiden ini bukanlah satu peraduan antaranya dengan pemerintah atau berada dalam satu peraduan (meraih) populariti dengan pemerintah. Ia adalah satu jawatan di mana anda menjalankan peranan yang mengatasi politik tetapi harus berfikiran jelas akan peranan anda itu,” ujarnya semasa diwawancara Berita Harian (BH) pada Khamis lalu di butik Fin Crafted Goods di Jalan Pemimpin dekat Thomson Road.


Encik Tharman, yang hadir bersama-sama isterinya, Cik Jane Yumiko Ittogi, tampil berkemeja batik corak Bali, menekankan jawatan presiden dipilih “bukanlah satu alternatif kepada kuasa politik”.

Berusia 66 tahun, Encik Tharman merupakan seorang pakar ekonomi dan mantan kakitangan awam yang sebahagian besar kerjayanya adalah di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), sebelum menceburi politik pada 2001.

Bapa empat anak itu meletak jawatan sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial serta Pengerusi MAS pada 7 Julai lalu dan melancarkan persediaannya untuk bertanding bagi jawatan ketua negara pada 26 Julai lalu.

Semasa mengumumkan langkahnya sebelum ini, Encik Tharman menyatakan hasrat menjadi Presiden dalam “era baru” yang “saling menghormati”, dan akur era baru ini membawa perubahan ketara – keadaan yang semakin “bising dan tidak teratur”.

“Kita kini dalam peralihan. Kita sedang bergerak dari satu keadaan yang kita sangat sebati, baik di Singapura mahupun di peringkat antarabangsa. Kita sedang beralih ke satu keadaan baru yang belum kita takrifkan sepenuhnya, tetapi kita tahu perubahan sedang berlaku, dan kita juga tahu 10 tahun dari sekarang, dunia ini menjadi agak berbeza daripada apa yang dilihat sedekad lalu.

Pilihan Raya Presiden kali ini menyaksikan empat individu tampil untuk mendapatkan kelayakan bertanding menyusuli pengunduran Puan Halimah Yacob pada 13 September ini.

Selain Encik Tharman, tiga individu lain ialah ahli perniagaan, Encik George Goh, 63 tahun; mantan ketua pegawai pelaburan negara GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; dan, mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun.

Siapa layak bertanding akan diketahui pada 21 Ogos ini.

Kali terakhir rakyat Singapura keluar mengundi untuk Pilihan Raya Presiden adalah pada Ogos 2011, yang menyaksikan Encik Tony Tan menewaskan tiga pencabar lain, sekali gus menjadi Presiden ke-7 Singapura.

Pemerintah, menerusi Writ Pilihan Raya Presiden, mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Penamaan Calon dan 1 September sebagai Hari Mengundi, sekiranya ada dua atau lebih calon yang layak bertanding.

“Saya bercadang (sekiranya dilantik sebagai Presiden Dipilih), membuat pertimbangan yang datangnya dari pengetahuan dan kepakaran, dengan cara yang saya fikir, tiada siapa akan sangsi bahawa saya dapat membuat keputusan yang bebas mengenainya. Tiada siapa akan meragukannya,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >