Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PILIHAN RAYA PRESIDEN

Kin Lian mahu tanding buat kali kedua

Aug 11, 2023 | 03:41 PM



Bakal calon presiden, Encik Tan Kin Lian, berharap 2023 adalah tahun bertuah untuknya, apabila beliau berhasrat “memainkan peranan aktif” dalam melaksanakan dua tanggungjawab penting selaku Presiden Singapura, iaitu melindungi rizab Singapura dan mengekalkan kewibawaan pelantikan peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Melebihi dua tanggungjawab perlembagaan ini, Encik Tan, 75 tahun, yang pernah tewas dalam Pilihan Raya Presiden 2011, menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada tiga bahagian penting berkaitan kesejahteraan rakyat – mengurangkan kos sara hidup, memastikan harga rumah mampu milik dan mendapatkan pekerjaan.

Beliau melancarkan kempennya bagi Pilihan Raya Presiden 2023 dengan tema “Bring Back Trust, Give Us Hope” atau “Bawa Kembali Kepercayaan, Beri Kami Harapan” pada Jumaat.


Dalam satu sidang media pada pagi Jumaat di Hotel Copthorne King’s di Havelock Road, Encik Tan berkata beliau “percaya bahawa penglibatan aktif presiden dan hala tuju yang baru adalah perlu untuk memberi kesahan baru kepada tadbir urus kita”.

Bagi mencapai matlamat ini, Encik Tan berkata beliau akan berusaha memastikan rizab masa lalu negara dilaburkan secara berhemat. 

Beliau juga merancang mempertimbangkan faktor seperti kepelbagaian dan pengalaman praktikal apabila meluluskan pelantikan di peringkat tinggi perkhidmatan awam.

Encik Tan menambah, beliau berhasrat menggunakan pejabat presiden untuk “mempengaruhi dasar yang akan menjadikan kehidupan lebih baik untuk rakyat Singapura”, seperti menurunkan kos sara hidup, menyediakan rumah mampu milik dan mendapatkan pekerjaan.

Bagaimanapun, Encik Tan menegaskan beliau tidak berniat untuk menjadi “musuh” pemerintah. “Sebaliknya, saya berharap dapat bekerjasama dengan pemerintah,” katanya lagi.

“Saya meminta sokongan rakyat Singapura untuk memberi saya mandat yang kuat, supaya saya boleh memberikan perspektif bebas dan bertindak dengan kerjasama pemerintah untuk menangani cabaran masa depan,” kata Encik Tan.

Encik Tan, mantan ketua eksekutif NTUC Income, adalah calon keempat berpotensi untuk bertanding bagi jawatan presiden. Keputusannya ini dibuat menyusuli langkah mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; usahawan Encik George Goh; dan bekas ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, yang telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.


Pada Jumaat, beliau memperkenalkan Encik Tan Jee Say sebagai pencadangnya.


Kededua mereka telah bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011.


Encik Tan Jee Say berkata Encik Tan Kin Lian, yang kehilangan deposit sebanyak $48,000 dalam Pilihan Raya Presiden 2011 kerana tidak mencapai jumlah minimum undi, telah menunjukkan keberanian untuk “sekali lagi meletakkan dirinya di bawah belas kasihan pengundi”.


Encik Tan Kin Lian pada 2011 menerima 4.91 peratus undi – iaitu yang terendah daripada empat calon.


Encik Tan Jee Say menyatakan terdapat sedikit keraguan sama ada akan ada pilihan raya pada ketika ini.


Beliau mendakwa Encik Tan buat masa ini adalah satu-satunya calon presiden yang memenuhi keperluan ekuiti pemegang saham $500 juta.


Daripada tiga calon presiden yang lain, hanya Encik Tharman yang layak secara automatik. Kedua-dua Encik Goh dan Encik Ng akan memohon di bawah laluan perundingan, yang bergantung kepada budi bicara Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).


Ditanya Berita Harian (BH) tentang pengajaran yang diraih dari 2011, Encik Tan berkata: “Pengajaran pertama ialah 2011 bukan masa saya. Saya harap 2023 adalah masa saya.”


“Pelajaran kedua adalah saya kini mendapat sokongan daripada penasihat yang sangat berkebolehan dan mereka ialah pencadang dan penyokong saya,” tambahnya.

Beliau memperkenalkan Encik Lim Tean, yang merupakan pengasas parti politik Suara Rakyat (PV) sebagai penyokongnya. Encik Prabu Ramachandran, mantan calon daripada PV pada Pilihan Raya Umum 2020, diperkenalkan sebagai ejen pilihan raya utama.


Encik Tan Kin Lian ditemani oleh isterinya, Cik Tay Siew Hong, 67 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >