Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MENJELANG SYAWAL

JB terus jadi tumpuan warga S'pura belanja Raya

Harga rendah, pilihan luas jadi pendorong
Jun 10, 2018 | 05:30 AM



CIK Zahirah Mohd Taib, yang ditemani anaknya, Encik Muhammad Said, seronok membelek balang-balang plastik berisi pelbagai jenis, bentuk, nama dan rasa kuih Raya ketika mereka dilihat membeli-belah di Pasar Larkin Sentral, Johor Bahru.



Bukan mereka berdua saja yang menyeberang Koswe dengan sebuah kereta, malah adik-beradik dan sepupu Cik Zahirah juga turut sekaki dengan menaiki empat kereta berasingan.



"Kami dari Pasir Ris dan Tampines dengan menaiki lima kereta seberang Koswe bukannya sekadar untuk berbelanja, tetapi juga menikmati suasana Ramadan dan Aidilfitri yang lebih meriah di Johor Bahru.



"Lagipun, kuih-muih yang dijual di sini lebih pelbagai dan yang paling penting, dengan mengambil kira tukaran matawang kita dengan matawang Malaysia, harganya tentu lebih rendah,'' kata Cik Zahirah, 68 tahun.



Beliau dengan rela hati menyuruh anaknya, Encik Muhammad, seorang guru berusia 30 tahun dan masih bujang, menunjukkan beberapa jenis kuih dan kek kukus untuk diambil foto oleh jurugambar Berita Minggu.



"Memang memudahkan bagi kami yang datang dari Singapura kerana kami tak perlu bersusah payah membuat kuih Raya di rumah. Dah berumur macam saya ni tak larat buat kuih dan lebih baik masa terluang dihabiskan dengan beribadah,'' tambah Cik Zahirah dan rombongannya yang sebelum itu telah singgah di pusat beli-belah Angsana untuk berbelanja.



Seorang lagi warga Singapura yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Cik Nana, dari Whampoa, menyatakan beliau datang bersama tiga sepupunya dengan menaiki kereta.



"Kami dah belanja lebih RM1,000 ($338). Puas dan berbaloi," kata Cik Nana sambil melihat sepupunya memasukkan satu demi satu kantung plastik berisi balang-balang kuih Raya ke dalam kereta.



Bagi para pegerai, banjiran warga Singapura yang datang memborong kuih Raya memang sangat dialu-alukan kerana mereka membentuk sebahagian besar pelanggan.



Pemilik gerai Ija Di Sini!!!, Cik Aniza Yunos dan adiknya, Cik Aida Fitriyah, menyatakan bahawa lebih 80 peratus pelanggannya adalah warga Singapura.



"Kami dah jual kuih Raya di sini sejak 20 tahun lalu dan kerana itulah kami mempunyai ramai pelanggan tetap dari Singapura yang kami anggap dah jadi seperti kawan.



"Pelanggan Singapura ini lebih suka kuih-kuih klasik... kuih dahulu-dahulu seperti dahlia, rempeyek, putu kacang, kuit kapit, semperit, baulu dan kek kukus.



"Mereka juga mesti beli kuih tart nanas dan makmur berisi kacang!" kata Cik Aida.



Seorang kerani dari Sengkang, Encik Samad Zahirrudin, 44 tahun, yang ditemui di Angsana Mall, berkata, beliau mendapatkan kuih Raya di Seberang Tambak kerana perlu membeli dalam jumlah yang banyak, disamping mendapatan pakaian yang ditempah di JB.



"Mana ada masa nak buat kuih kerana golongan isteri di Singapura kebanyakannya keluar bekerja. Saya biasanya beli sekitar 12 balang kuih untuk penuhkan meja,'' tambahnya, yang turut membawa pulang baju Raya untuk beliau lima beranak - tiga set baju kurung lelaki dan dua set baju kurung wanita yang ditempah lebih sebulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >