Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel bagi bekas guru kerana tunjuk video lucah kepada pelajar

Jul 07, 2023 | 04:58 PM



Seorang bekas guru dari salah sebuah sekolah popular di Singapura dihukum penjara 54 hari kerana kesalahan menunjukkan video lucah kepada seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 17 tahun.

Pesalah, 49 tahun, berhenti daripada pekerjaannya itu pada Februari 2021.

Dia melakukan kesalahan itu selepas diberitahu bahawa pelajar tersebut telah mencederakan diri sendiri sebagai cara mengatasi tekanan.

Bekas pendidik itu sebaliknya menyarankan agar pelajar itu merangsangkan diri secara seksual.

Bekas guru sekolah itu mengakui bersalah pada Mac kepada satu tuduhan menunjukkan video seksual kepada remaja tersebut.

Mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah sekatan bagi melindungi identitinya yang kini berusia 19 tahun.

Dalam prosiding terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yvonee Poon memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu telah menjadi guru selama 22 tahun.

Dia merupakan guru kelas mangsa apabila kesalahan itu dilakukan dan juga guru matapelajaran sivik.

Pada 28 Jun 2021, ibu mangsa menghantar e-mel kepada bekas guru itu dan memberitahunya bahawa anaknya mempunyai niat untuk ponteng sekolah kerana dia berasa dirinya dipinggirkan dan tidak mempunyai matlamat dalam hidup.

Bekas guru itu menghubungi ibu mangsa dan berkata dia mempunyai hasrat untuk berbual dengan anaknya kerana anaknya itu menghadapi kelembapan dari segi tugas sekolah.

Apabila didekati, pelajar itu memberitahu si pesalah, dia mempunyai fikiran negatif dan telah melakukan perbuatan mencederakan diri untuk menangani emosinya.

Selepas berbincang sepanjang sejam, bekas guru itu memberi nombor telefonnya kepada remaja tersebut dan meminta pelajar itu untuk menyimpan kontaknya dengan nama yang lain kerana perbincangan mereka itu bukanlah satu langkah yang sah sepenuhnya.

Dia memberitahu pelajar tersebut untuk menghubunginya jika perlukan seseorang untuk berbual dengannya.

Apabila pelajar itu pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya bahawa gurunya telah berbincang dengannya sambil meluahkan penghargaan bahawa seorang dewasa berupaya memahami keadaannya dengan baik.

Pada 2 Februari 2021, si pesalah memberi bekas anak muridnya itu satu buku bantuan diri sendiri dan bertanya mengapa dia perlu melakukan perbuatan mencederakan diri.

Apabila budak lelaki itu menjawab dia perlukan sejenis kaedah untuk menangani emosinya, bekas guru itu berkata “lelaki pada usia ini hanya mempunyai dua cara untuk menangani tekanan: ubat dan (merangsangkan diri)“.

Pelajar itu berasa tidak selesa namun lelaki itu meneruskan perbincangan serta bertanya jika dia pernah melihat kandungan lucah.

Lelaki itu juga menunjukkan anak muridnya pada ketika itu beberapa pautan laman pornografi di telefon bimbitnya dan telah memasuki salah satu laman.

Mereka berdua bertemu di rumah pesalah empat hari kemudian untuk makan malam.

Sebelum menjamu selera, lelaki itu bertanya sama ada cuacanya panas dan memberitahu mangsa jika dia mahu membuka pakaiannya serta menawarkan singlet kepadanya.

Lelaki itu menyaksikan remaja tersebut menyalin baju.

Pesalah kemudian berbual tentang pengalaman seksualnya apabila apabila mereka makan malam dan mempengaruhi remaja itu untuk meminum arak.

DPP Poon memberitahu mahkamah: “Si tertuduh meminum lebih daripada mangsa dan mula menangis. Dia meletakkan tangannya di lengan dan dada mangsa, dan menggerakkannya sepanjang sekitar 10 minit.”

Selepas itu, dia menunjukkan remaja itu tiga video pornografi dalam telefon bimbitnya.

Pada hari kemudian, pelajar itu memberitahu ibunya apa yang telah dilakukan bekas gurunya itu. Pihak sekolah juga diberitahu dan naib guru besar sekolah menghubungi polis berkenaan kejadian itu.

Ikat jamin bagi lelaki tersebut ditetapkan pada $10,000 pada Jumaat dan dia diharapkan untuk menyerahkan diri di Mahkamah Negeri pada 17 Julai untuk memulakan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >