Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru dipenjara 10 bulan kerana ambil video bawah skirt

Jun 13, 2023 | 05:59 PM



Seorang guru yang mengambil 170 video bawah skirt sekurang-kurangnya ke atas 47 orang mangsa, termasuk bekas rakan sekerja dan pelajarnya, telah dipenjara selama 10 bulan dan dua minggu pada Selasa. Kesalahan itu dilakukan antara 2015 hingga 2018.

Pesalah berusia 50 tahun itu merupakan bekas guru disiplin. Selain itu, dia seorang bapa tiga orang anak. Nama pesalah dan sekolahnya tidak boleh dilaporkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.

Pada September 2022, dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menghina kehormatan wanita. Lima pertuduhan lain juga dipertimbangkan semasa pesalah dihukum.

Sebelum menjatuhkan hukuman ini pada Selasa, hakim daerah Brenda Tan mengambil perhatian bahawa pesalah sedang mengalami gangguan kemurungan berat semasa dia melakukan kesalahannya. Laporan telah didapatkan daripada Dr Stephen Phang dari Institut Kesihatan Mental (IMH).

Pesalah didapati boleh menjalani perintah rawatan wajib. Pesalah yang diberi perintah ini harus menjalani rawatan untuk mengatasi masalah mereka sebagai ganti masa waktu penjara.

Namun, Dr Phang juga mendapati bahawa pesalah ini masih mempunyai keupayaan untuk memilih untuk tidak melakukan kesalahan tersebut. Disebabkan dapatan ini, Hakim Tan berkata bahawa keadaan mental pesalah tidak begitu mempengaruhi hukuman yang dijatuhkan.

Pada Selasa, Peguambela Laurence Goh berkata kepada mahkamah bahawa kliennya bercadang untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Pesalah kemudian ditawarkan jaminan sebanyak $15,000.

Bagi setiap pertuduhan menghina kehormatan wanita, pesalah boleh dipenjara selama setahun dan didenda.

Kesalahan guru ini diketengahkan apabila seorang guru perempuan, yang juga mangsa, mengesyaki bahawa pesalah ini sedang mengambil video “upskirt” atau rakaman bawah skirt. Guru perempuan ini kemudian membuat laporan polis pada 14 Julai 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >