Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel bagi wanita tikam diri di luar sekolah di Tampines apabila didekati polis

Jan 18, 2023 | 08:50 PM



SEORANG wanita yang menikam diri di bawah perutnya dengan sepucuk pisau di luar Sekolah Menengah St Hilda's tahun lalu hingga menarik perhatian orang ramai didapati mempunyai kecelaruan penyalahgunaan dadah perangsang dan opioid.



Pihak pendakwa juga memberitahu mahkamah, gejala psikotik didorong penyalahgunaan dadah si tertuduh, Juliana Abdul Kadir juga dirangsang oleh dirinya sendiri.



Juliana, 53 tahun, dihukum jel enam bulan pada Rabu (18 Jan) selepas mengakui bersalah membawa pisau dan mata pisau pena di luar sekolah itu di Tampines pada 19 September 2022, lapor The Straits Times.



Pihak pendakwa berkata satu laporan daripada Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan dia menghidapi kecelaruan penggunaan opioid dan dadah perangsang (methamphetamine atau ais).



Timbalan Pendakwa Raya Wu Yu Jie memberitahu mahkamah: "Ketika dia ditangkap, si tertuduh sedang berada dalam keadaan mabuk oleh methamphetamine dan menghidap gejala psikotik dirangsang oleh methamphetamine dengan kedengaran suara-suara halusinasi dan mengalami delusi.



"Dengan itu, dia disifatkan bukan seorang psikotik dan... si tertuduh bukan berada dalam keadaan tidak waras pada ketika itu."



Bagaimanapun, DPP Wu berkata, tiada kaitan penyebab antara kesalahannya dan keadaan psikiatriknya, sambil menambah: "Tiada apa-apa yang menyarankan bahawa dia telah membawa pisau itu di tempat awam sebegitu kerana episod psikotik yang dialaminya itu.



"Kecelaruan psikotik itu adalah satu kebetulan dan tidak terkait dengan tuduhan membawa dua senjata bahaya."



Sekitar 6.30 petang pada 19 September tahun lalu, polis menerima panggilan oleh seorang saksi bahawa Juliana dilihat menghayun-hayunkan sepucuk pisai sambil berbual ketika dalam panggilan telefon bimbitnya di Tampines Street 82.



Pegawai yang tiba di tempat kejadian kemudian mendapatinya berjalan di tepi jalan di luar sekolah tersebut sambil membawa pisau dan berbual di telefon.



DPP Wu berkata: "Apabila pegawai polis... memberi amaran agar pisau itu diletak di lantai, dia tidak mengendah arahan itu dan terus menghayun-hayunkan pisau itu.



"Si tertuduh kemudian menggunakan pisau itu untuk menikam dirinya di bahagian bawah perutnya, hingga menyebabkan ia berdarah dengan berlebihan. Si tertuduh kekal bersikap marah dan terus membuat ancaman untuk mencederakan dirinya lagi jika pegawai polis tidak beredar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >