Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jelajah kampung, taman setempat ubati rindu cuti luar negara

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



Sekatan sempadan dek Covid-19 menghalang ramai warga ke luar negara dan menikmati kawasan pendalaman yang luas lagi hijau. Untuk mengubat rindu, ibu bapa mengambil peluang semasa cuti sekolah Disember ini untuk membawa anak-anak mereka meneroka tempat-tempat kehijauan di Singapura di samping menghirup udara segar. Masa ini juga peluang bagi mereka menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura untuk meneroka tempat-tempat menarik seperti masjid dan tempat warisan. BERITA MINGGU meninjau.




OLEH kerana tidak dapat melancong ke pendalaman di luar negara, beberapa warga Singapura mengambil peluang untuk menghirup udara segar yang nyaman dengan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau di negara ini.



Mereka meneroka tempat-tempat menarik yang penuh dengan kehijauan di Singapura.



Setiap minggu, Encik Farehan Hussein cuba mencari tempat-tempat yang jarang dikunjungi warga tempatan untuk meneroka kehijauan yang tersedia di Singapura seperti Kolam Air Keppel Hill, Kampung Buangkok dan Taman Hijau Eko Tampines .



Anak-anaknya berusia tujuh, lima dan dua tahun, bersama isterinya berasa ghairah untuk melawat taman-taman itu.



Menurut Encik Farehan, beliau dan isteri akan menjadikannya satu kegiatan yang mempunyai kaedah pembelajaran juga.



"Saya dan isteri akan mengajar anak-anak kami mengenai flora dan fauna di sekeliling kami dan apakah fungsi pokok-pokok itu," kongsi Encik Farehan, seorang pegawai di badan niaga bahawa isterinya seorang guru sekolah rendah.



Dalam pada itu, jikalau taman itu mempunyai sejarah yang menarik, Encik Farehan akan menceritakan sejarah sebalik lokasi itu.



"Jika taman itu mempunyai sejarah, saya akan memastikan mereka berhenti dan membaca cerita yang telah disediakan," cerita bapa berusia 37 tahun itu.



Baru-baru ini, Encik Farehan bersama keluarga telah berbasikal ke Kampung Buangkok untuk menunjukkan anak-anaknya sebuah kampung yang masih wujud di Singapura.



"Mereka agak terkejut untuk melihat kampung yang ada di Singapura ini. Kami juga solat bersama di surau yang ada. Saya rasa ini adalah satu pengalaman yang sangat baik bagi mereka," jelas Encik Farehan.



Beliau ingin anak-anaknya menyedari bahawa Singapura mempunyai ciri-ciri menarik melalui taman-taman yang kurang dijelajahi masyarakat awam.



Pada masa yang sama, ia adalah satu kegiatan yang sihat bersama keluarga.



Bagi Encik Azhar Othman pula, bapa lima anak itu akan beriadah setiap pagi hujung minggu untuk bersenam sambil meneroka kehijauan di Singapura.



Mereka akan berjalan sekurang-kurangnya lima ribu langkah ataupun selama sejam.



"Saya rasa kegiatan berjalan ini sebagai satu senaman bermanfaat untuk keluarga untuk menjaga kesihatan. Saya tidak hiraukan kejauhan perjalanan kami. Namun yang penting, kami harus berjalan sekurang-kurangnya sejam dan bukan 10 minit sahaja. Saya akan menjejak langkah kami melalui jam tangan bijak," kongsi Encik Azhar, seorang peniaga.



Menurut Encik Azhar, selama fasa kedua ini, mereka sekeluarga sudah meneroka tujuh taman dan tempat kehijauan seperti Taman Bunga, Kolam Air Lower Peirce and Gardens By the Bay.



Encik Azhar menasihatkan sesiapa yang ingin berjalan dan meneroka kehijauan di Singapura agar tidak berjalan melampaui kemampuan mereka.



Beliau mencadangkan untuk mula berjalan seminggu sekali dan dengan setiap latihan, mereka boleh meningkatkan jarak serta masa untuk berjalan.



"Saya rasa tempat kegemaran saya sejauh ini adalah Kolam Air Lower Peirce kerana pemandangannya yang menawan. Perjalanan yang disediakan di lokasi itu menyejukkan kerana terdapat banyak pokok yang memberi teduh kepada kami," ceritanya apabila ditanya tempat yang beliau gemari.



Bagi kedua-dua keluarga ini, walaupun mereka tidak berkesempatan melancong, sekurang-kurangnya mereka berkata lawatan seperti itu adalah satu kegiatan yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >