Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jem, Westgate ditutup 2 minggu, jalani pembersihan

May 25, 2021 | 05:30 AM



PUSAT beli-belah Jem dan Westgate di Jurong East kini sedang menjalani pembersihan setelah diisytiharkan sebagai pusat kelompok masyarakat baru kelmarin, dengan empat kes kini dikaitkan dengannya.



Memberi butiran ini serta yang lain dalam 21 kes masyarakat yang diumumkan kelmarin, Kementerian Kesihatan berkata empat kes itu termasuk seorang guru muzik di Sekolah Muzik Yamaha yang mengalami demam dan mendapatkan rawatan lima hari kemudian.



Lelaki berusia 59 tahun itu jatuh sakit pada 16 Mei dan telah pergi ke klinik perubatan umum (GP) Jumaat lalu.



Ujian pantas antigen beliau didapati positif pada hari yang sama dan beliau diasingkan dengan segera.



Lagi tiga individu yang mempunyai kaitan dengan kelompok tersebut termasuk seorang pekerja pembersihan berusia 39 tahun di pusat beli-belah Westgate serta seorang pengunjung berusia 44 tahun, yang ujian awalnya didapati positif untuk varian B1617.



Yang terakhir merupakan pemandu trak penghantaran berusia 31 tahun yang dikesan menerusi ujian untuk mereka yang telah mengunjungi atau bekerja di Jem dan Westgate.



Kedua-dua pusat beli-belah itu kini ditutup untuk dua minggu, di mana sewaktu tempoh ini ia akan dibersihkan.



Kes masyarakat tempatan lain termasuk tiga yang mempunyai kaitan dengan kelompok besar di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, seperti kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang keluarganya telah mengunjungi lapangan terbang berkali-kali, dua pekerja penghantaran McDonald's yang terkait dengan kelompok di cawangan Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias; serta seorang wanita berusia 78 tahun yang terkait dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng.



Antara mereka juga adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Tadika Heartfield yang terkait dengan seorang pemandu peribadi berusia 53 tahun, serta seorang wanita berusia 27 tahun yang bekerja dalam peranan pentadbiran di Hospital St Luke's. Beliau terakhir bekerja pada 12 Mei dan sudah pun dikuarantin kerana merupakan kontak rapat seorang pengendali kilang di SMS InfoComm, lagi satu pusat kelompok.



Dalam kalangan kes masyarakat, sebanyak 12 sudah pun dikurantin apabila mereka diuji positif.



Terdapat dua kes masyarakat yang tiada kaitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >