Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah gembira lebih ramai dibenar masuk zon solat Jumaat

Jumlah bagi setiap zon ditambah daripada 50 individu kepada 100 dalam setiap zon bagi 20 masjid di bawah langkah baru yang dirintis Muis
Nov 27, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM ini slot solat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah kerap habis ditempah sepenuhnya dalam masa sehari selepas tempahan dibuka.



Ini kerana seperti masjid-masjid di sekitar Singapura, ia hanya mampu menampung sehingga 50 individu bagi setiap zon.



Menurut beberapa jemaah yang ditemui Berita Harian (BH) semalam, ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran mendapat tempat kerana ruang terhad.



Namun, mulai semalam, lebih ramai jemaah berpeluang melakukan solat Jumaat setelah masjid yang terletak di Sengkang itu dibenarkan menampung 100 individu dalam satu zon.



Masjid Al-Mawaddah yang membuka enam zon bagi jemaahnya, merupakan antara 20 masjid yang merintis langkah baru itu seperti yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) awal minggu ini.



Langkah tersebut disambut baik oleh masyarakat Islam setempat seperti Encik Rosman Md Zain.



Pesara berusia 67 tahun itu amat bersyukur dengan kelonggaran baru itu dan berkata beliau tidak perlu lagi risau tentang kesukaran mendapatkan slot.



"Setelah mereka tambah bilangan jemaah untuk solat Jumaat minggu ini, kita tidak payah susah-susah lagi," ujar beliau.



Seorang lagi anggota jemaah, Encik Farhan Sudirman pula berkata ini merupakan peluang untuk masyarakat Islam Singapura untuk bersatu kembali melaksanakan solat Jumaat dengan bilangan jemaah yang lebih besar.



"Alhamdulillah pada saya ini satu langkah yang baik bagi kita sebagai penduduk Islam di sini kerana kita dapat lakukan solat jemaah beramairamai dan rasakan suasana yang lebih meriah, bersempena dengan hari Jumaat, iaitu hari kemenangan untuk orang Islam.



"Pandemik Covid-19 ini telah menyukarkan kita untuk solat berjemaah di masjid sebelum ini dengan beberapa langkah jarak selamat yang ditetapkan.



"Oleh itu, langkah untuk meningkatkan bilangan jemaah adalah satu kebaikan untuk kami," kata Encik Farhan, 26 tahun.



Sejajar dengan langkah terbaru itu, Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Mawaddah, Ustaz Firdaus Khan Jamal Khan, berkata masjid itu juga terpaksa mengambil langkah tambahan, antaranya seperti menambah jumlah sukarelawan mereka ketika solat Jumaat.



Menurut beliau masjid itu telah mengerahkan seramai 24 sukarelawan semalam berbanding 16 sebelum ini.



"Alhamdulillah kami berterima kasih sangat kepada para sukarelawan yang telah datang ke hadapan, menghulurkan bantuan untuk sama-sama menjayakan langkah terbaru ini.



"Dengan sokongan daripada sukarelawan kami ini, kami mampu memastikan para jemaah dapat masuk dan keluar masjid dengan lancar," kata Ustaz Firdaus.



Menurut beliau lagi, masjid itu juga sedang mempertimbangkan untuk membuka semula kelas-kelas dan kuliah fizikal secara bertahap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >