Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah haji Singapura selamat menjalani wukuf

Jun 29, 2023 | 04:54 PM



Jemaah haji Singapura di Arab Saudi telah selesai menjalankan ibadah wukuf di Arafah dan kemudian menyambut Hari Raya Aidiladha di Mina.

Memberi perkembangan terkini tentang jemaah haji Singapura itu selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:

“Alhamdulillah saya dapat laporan bahawa jemaah kita telah selesai melakukan wukuf dan sedang berada di Mina (menyambut) Hari Raya Haji di sana.

“Semuanya selamat kecuali seorang jemaah haji yang telah meninggal dunia sebelum menjalankan ibadah wukuf.

“Kami mendoakan semoga rohnya dberkati Allah swt dan diterima ibadah hajinya,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Cik Wan Bee Mohamed Gousmia, 61 tahun, dari Singapura, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 27 Jun.

Menurut Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), beliau meninggal dunia di Hospital Alwadi Mina, di Mina. 

“Marilah kita terus mendoakan kesejahteraan jemaah kita di Tanah Suci agar mereka dapat meneruskan ibadah haji dengan tenang dan sempurna.

“Saya harap mereka banyak minum air dan menjaga kesihatan mereka antara satu sama lain.

“Semoga jemaah kita memperolehi haji mabrur dan selamat pulang ke Singapura kelak,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >