Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah masjid buat tempahan solat Jumaat di masjid lain selepas Masjid Jamiyah Ar-Rabitah ditutup akibat Covid-19

Satu kes dikesan di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
Oct 01, 2021 | 04:28 PM



JEMAAH yang telah membuat tempahan untuk solat Jumaat di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah di Tiong Bahru pada Jumaat (1 Okt) telah dinasihatkan membuat tempahan di masjid lain selepas satu kes Covid-19 dikesan di sana.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata masjid tersebut  ditutup hingga Isyak pada hari yang sama dan dibuka semula pada Sabtu (2 Okt) bagi solat Subuh.



Semasa Berita Harian (BH) ke masjid itu sekitar 12 tengah hari,  sekitar 20 jemaah dilihat berada di luar masjid. Ada yang sedang membuat tempahan di telefon bijak untuk solat Jumaat di tempat lain, sementara ada yang telah memutuskan untuk pulang ke rumah atau kembali ke tempat kerja.



Encik Mohamad Yusoff Saleh, 50 tahun yang bekerja di Palang Merah Singapura berkata: 



“Mungkin hari ini bukan rezeki saya, jadi saya akan balik kerja sahajalah.”



Encik Zul Sukor, yang bertugas sebagai pemandu di Leng Kee, pula berkata beliau akan menempah slot solat Jumaat di Masjid Jamek Queenstown.



Menurut beberapa jemaah, mereka menerima notifikasi tentang penutupan masjid dan pembatalan tempahan mereka menerusi e-mel.



Namun, ada yang berkata mereka tidak sempat membaca e-mel sebelum datang ke masjid itu. Beberapa jemaah lain pula berkata mereka tidak mendapat sebarang notifikasi menerusi telefon bimbit.



Beberapa pegawai masjid yang ditemui BH berkata para jemaah memahami prosedur itu, dan pegawai telah menerangkan kepada mereka bahawa masjid itu ditutup bagi kerja pembersihan. Jemaah juga dinasihat untuk menempah slot sedia ada lain di masjid berdekatan.



Masjid itu berupaya menampung seramai 250 jemaah pada setiap slot solat berjemaah.



Muis menambah, semua tempahan solat Jumaat di masjid berkenaan akan dibatalkan secara automatik demi memastikan penularan dapat dikawal.



Setakat 10.00 pagi Jumaat, masih ada lebih 6,000 baki slot solat Jumaat di keempat-empat kelompok masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >